Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
209) PEMBANGUNAN DI BANGI
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah projek perumahan yang dibangunkan sejak 2008 di Bangi?
Jawapan bahagian ini dijawab oleh MPKj
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri dapat mengawal atau mewujudkan satu polisi untuk tidak membenarkan sesebuah syarikat atau pemodal besar memonopoli pembelian lot rumah, tanah, atau rumah kedai sehingga menindas peluang peniaga kecil atau penduduk Bangi memiliki aset hartanah secara terus dengan pemaju?
Dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap rakyat di negeri Selangor tertutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mahupun bangunan perniagaan, Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa kaedah bermula daripada syarat pembangunan tanah hinggalah kepada penjualan perumahan dan kedai jenis kos rendah serta mampu milik demi memastikan setiap kepentingan golongan masyarakat terpelihara. Untuk makluman Y.B, Kerajaan Negeri pada masa ini telah pun mempunyai beberapa polisi atau kaedah yang dapat mengawal sesebuah syarikat atau pemodal besar daripada menonopoli pembelian lot rumah, tanah atau rumah kedai. Kerajaan Negeri telah mensyaratkan bahawa setiap pembangunan yang melebihi 10 ekar disyaratkan membina 20% Rumah Kos Rendah (RKR), 20% Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) dan 10% Rumah Kos Sederhana (RKS) dengan harga jualan serendah RM35,000.00 hingga RM100,000.00 seunit. Kerajaan Negeri juga telah melancarkan satu konsep pembangunan baru iaitu Projek Rumah Mampu Milik Selangor yang dilancarkan pada 8 Jun 2011 di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi berharga daripada RM85,000.00 sehingga RM120,000.00 seunit. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mensyaratkan supaya pembangunan komersial/ bangunan perniagaan yang melebihi 10 ekar atau melebihi 50 unit dikenakan penyediaan 20% bangunan perniagaan harga rendah yang dijual pada harga RM120,000.00 seunit. Kesemua jenis hartanah tersebut merupakan hartanah- hartanah di bawah kawalan Kerajaan Negeri.
Untuk makluman Y.B juga, kesemua jenis pembangunan yang tersenarai di atas, penjualan/ penawaran unit- unit hartanah tersebut akan di uruskan oleh pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui beberapa kriteria dan diproses serta di tapis melalui sistem berdasarkan kelayakan had pendapatan, latar belakang dan keperluan pembeli yang benar- benar layak untuk diberi pertimbangan dalam memiliki hartanah- hartanah tersebut. Antara sistem yang telah diwujudkan adalah Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPR), Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik dan Sistem Pendaftaran Permohonan Kedai Kos Rendah. LPHS juga sedang dalam proses mewujudkan satu bank data mengenai inventori- inventori pembangunan hartanah di negeri Selangor di mana akhirnya kesemua penjualan/ penawaran termasuk hartanah- hartanah berharga tinggi akan di proses sepenuhnya oleh LPHS.
Dengan adanya sistem perancangan seperti berikut, Kerajaan Negeri secara langsung akan dapat mengawal pemaju- pemaju daripada menjual hartanahhartanah khususnya jenis kos rendah dan sederhana secara bebas kepada pembeli- pembeli yang mempunyai modal besar tanpa mengambilkira pembelipembeli golongan berpendapatan rendah dan sederhana
-
Sila berikan penerangan tentang pembangunan ÔGateway BangiÕ berdekatan tol Bangi dan kepada siapa diutamakan projek ini?
Jawapan bahagian ini dijawab oleh MPKj