Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

266) PEMBANGUNAN DESA DAN EKONOMI KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan suntikan dana RM4 juta oleh Kerajaan Negeri bagi Pembangunan Desa dan Ekonomi Kampung Tradisi, adakah inisiatif ini akan melibatkan semua kampung tradisi di Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam usaha membangunkan desa dan memperkasa ekonomi kampung tradisi sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan negeri yang inklusif. Suntikan dana RM4 juta bagi Pembangunan Desa dan Ekonomi Kampung Tradisi merupakan langkah proaktif untuk meningkatkan infrastruktur, daya ekonomi serta kesejahteraan penduduk di kampung-kampung tradisi.

    Walau bagaimanapun, pelaksanaan inisiatif ini akan dibuat secara berperingkat dengan mengambil kira keutamaan kampung yang paling memerlukan. Beberapa faktor utama akan menjadi asas pemilihan kampung yang terlibat, antaranya:

    • i) Kampung yang mempunyai potensi tinggi dalam sektor ekonomi seperti pelancongan desa, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta pertanian akan dipertimbangkan bagi mendapat sokongan pembangunan;

    • ii) Kampung dengan populasi tinggi serta permintaan besar terhadap Program Pembangunan Desa dan Ekonomi Kampung Tradisi akan diberikan perhatian; dan

    • iii) Cadangan dan pandangan daripada pemimpin masyarakat akan diambil kira dalam menentukan kampung yang memerlukan perhatian dan sokongan pembangunan.

    Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri akan memberikan tumpuan kepada pelaksanaan Program Latihan Pembangunan Desa sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan pembangunan luar bandar. Program ini akan menyediakan latihan kemahiran khusus kepada belia luar bandar yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan ekonomi individu dan komuniti setempat. Latihan ini akan merangkumi aspek keusahawanan, inovasi desa, serta penggunaan teknologi moden dalam sektor ekonomi luar bandar bagi memastikan pembangunan yang lebih lestari dan berdaya saing.

    Dalam jangka panjang, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memastikan manfaat daripada inisiatif ini dapat diperluaskan kepada semua kampung tradisi di Selangor. Justeru, kerajaan akan terus menilai keberkesanan program ini serta mencari mekanisme tambahan bagi meningkatkan peruntukan dan mempercepatkan pelaksanaannya di lebih banyak kampung.

  2. Sekiranya tidak, senaraikan kampung-kampung tradisi manakah yang akan menerima manfaat daripada dana ini beserta manfaat yang diterima.

Lampiran

Tiada Lampiran.