Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

265) PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program yang ditawarkan bagi manfaat penduduk dan warga desa?

    Program yang ditawarkan bagi manfaat penduduk dan warga desa iaitu Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Program Kemahiran Teknikal Belia Desa bagi golongan remaja di desa. Ini selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri bagi memastikan para belia di desa tidak terabai dan mempunyai peluang untuk maju dan meningkatkan taraf hidup

    Dengan adanya Program Kemahiran Teknikal Belia Desa, belia muda yang menetap di desa diberi peluang untuk menceburi bidang kemahiran seperti Perpaipan, Penyelenggaraan Elektrik dan Penyelenggaraan Sistem Penghawa Dingin.

    Pada masa ini, para belia yang telah mengikuti program ini adalah 61 buah kampung dan kini akan diikuti oleh semua kampung di seluruh Negeri Selangor. Para belia ini dihantar ke IKRAM Skills Academy, Bangi bagi mengikuti kursus Program Kemahiran Teknikal Belia Desa setelah kajian pasaran dibuat mengenai pengiktirafan institut pengajian ini berserta harga yang ditawarkan.

    Setelah mengikuti kursus ini, para belia akan ditawarkan untuk bekerja di agensi- agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan gaji bulanan sebanyak RM1,500.00. Sekiranya mereka ingin bekerja di luar, tiada halangan dari Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Apakah petunjuk aras pencapaian bagi menilai kejayaan program di bawah Pembangunan Desa?

    Petunjuk aras pencapaian yang boleh digunakan untuk menilai kejayaan atau kegagalan projek pembangunan desa adalah pengurangan jurang perbezaan pendapatan antara kawasan bandar dan desa. Walau bagaimanapun pengukuran ini tidak dapat dibuat di dalam tempoh yang singkat. Program yang berterusan perlu dilaksanakan di dalam satu jangka masa yang panjang untuk memastikan keberkesanan sesebuah projek pembangunan dilaksanakan.

  3. Berapakah peruntukan yang telah dimanfaatkan bagi tujuan melaksanakan di bawah Program Pembangunan Desa?

    1. Peruntukan yang telah dimanfaatkan bagi tujuan melaksanakan di bawah Program Pembangunan Desa iaitu:

     

    Bentuk-bentuk pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi kampung-kampung terbabit iaitu:

     

     

    BIL JENIS PROJEK
    1 Penyelenggaraan Jalan Kampung
    2 Longkang / Perparitan
    3 Dewan / Balairaya
    4 Surau / Sekolah / Masjid
    5 Kemudahan Sukan
    6 Bangunan
    7 Pagar
    8 Dataran
    9 Jambatan / Titi
    10 Pelbagai

     

    Bagi pembangunan infrastruktur, Kerajaan Negeri telah membelanjakan keseluruhan peruntukan berjumlah RM75,884,142.28 bagi setiap daerah di seluruh Selangor dari tahun 2008 – 2013. Pecahan peruntukan adalah seperti di bawah:

     

    Tahun Bil Projek Kos (RM)
    2008 202 2,672,280.00
    2009 139 3,371,073.50
    2010 456 8,389,470.61
    2011 979 26,903,524.97
    2012 1,214 30,059,244.15
    2013 204 4,488,549.05
    Jumlah 3,194 75,884,142.28

Lampiran

Tiada Lampiran.