Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

27) PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pembangunan desa yang disalurkan mengikut daerah pada tahun 2016.

    Cadangan bagi projek infrastruktur luar bandar ini adalah bertepatan dengan Dasar Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan membaikpulih secara berkala bagi semua aset-aset tak alih luar bandar Kerajaan Negeri. Projek Infrastruktur Luar Bandar di bawah Kemudahan Asas Desa ini merangkumi kerja-kerja yang melibatkan membaikpulih jalan kampung dan longkang serta membaik pulih dewan/balairaya dan jambatan untuk semua daerah Negeri Selangor.

    Sehingga September 2016, peruntukan bagi pembangunan desa yang telah disalurkan adalah seperti berikut:

    BIL DAERAH JALAN/LONGKANG DEWAN / BALAIRAYA/KEMUDAHAN SUKAN/JAMBATAN
    PROJEK LULUS PERUNTUKAN LULUS

    (RM)

    PROJEK LULUS PERUNTUKAN LULUS

    (RM)

    1 Petaling 16 1,127,002.00 5 419,850.30
    2 Klang 9 617,119.07 9 385,984.53

     

    BIL DAERAH JALAN/LONGKANG DEWAN / BALAIRAYA/KEMUDAHAN SUKAN/JAMBATAN
    PROJEK LULUS PERUNTUKAN LULUS

    (RM)

    PROJEK LULUS PERUNTUKAN LULUS

    (RM)

    3 Gombak 33 2,061,011.80 7 149,577.30
    4 Hulu Langat 26 2,032,867.20    
    5 Sepang 12 1,004,035.00 7 479,561.00
    6 Kuala Langat 36 1,295,153.00 20 487,906.50
    7 Kuala Selangor 15 1,248,097.00 6 333,586.22
    8 Hulu Selangor 9 398,040.80 14 348,809.23
    9 Sabak Bernam 60 4,536,589.66 18 469,246.52
    JUMLAH 216 14,319,915.40 86 3,074,521.60

     

  2. Senaraikan projek-projek pembangunan desa yang menelan peruntukan lebih daripada RM50,000 pada tahun 2015 dan 2016.

    Bagi tahun 2015 dan 2016, Kerajaan Negeri telah melaksanakan sejumlah 552 projek melibatkan peruntukan berjumlah RM30,364,109.88 khusus untuk pembangunan desa.

    Daripada jumlah tersebut, sejumlah 241 buah projek yang bernilai lebih daripada RM50,000.00 telah dilaksanakan pada tahun 2015 dan 2016 melibatkan peruntukan sebanyak RM24,285,599.01 seperti dalam Jadual  berikut:

    BIL. JENIS PROJEK 2015 2016
    JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1. Jalan Kampung/

    Longkang

    86 8,997,460.54 121 11,776,098.13
    2. Dewan/Balairaya 15 1,948,040.27 19 1,564,000.07
    JUMLAH 101 10,945,500.81 140 13,340,098.20

    Perincian senarai projek bagi tahun 2015 adalah seperti di Lampiran A dan tahun 2016 adalah seperti di Lampiran B.

     

  3. Adakah peruntukan pembangunan desa juga digunakan untuk menambah lampu jalan di kawasan kampung? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Permohonan pemasangan lampu jalan awam adalah berdasarkan permohonan yang telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) melalui Pejabat Daerah/Tanah sama ada daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan aduan penduduk dan permohonan tersebut dirujuk kepada Ahli Dewan Negeri di kawasan berkaitan. Seterusnya, permohonan tersebut akan dinilai melalui permohonan drpd JKKK kepada pihak Pejabat Daerah/Tanah mengikut tahap kritikal/keperluan sesuatu kawasan. Permohonan yang dikemukakan perlu dinilai sewajarnya memandangkan apabila lampu jalan disediakan, Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan tambahan bagi pembayaran bil bulanan. Perancangan Kerajaan Negeri lebih tertumpu kepada projek-projek fizikal yang memberikan impak kepada penduduk luar bandar secara keseluruhan.

    Bagi kemudahan lampu awam, Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini telah menggariskan beberapa kriteria dan keperluan bagi mencapai hasrat dan objektif tersebut. Kriteria pemasangan lampu jalan awam adalah seperti berikut:

    1. Kawasan Hotspot iaitu kawasan yang mempunyai rekod jenayah tinggi / kemalangan seperti disahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM);
    2. Jalan masuk utama ke kawasan kampung, pondok bas, bonggol jalan, dewan, Masjid, surau, rumah ibadat, sekolah dan lain-lain tempat tumpuan awam;
    3. Jalan-jalan yang didapati bahaya melibatkan kemalangan seperti selekoh dan persimpangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.