Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
231) PEMBANGUNAN DAN TANAH RUNTUH DI BUKIT GASING
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor untuk menyuarakan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan menjaga kebimbangan dan kepentingan penduduk Bukit Gasing, Petaling Jaya terhadap pemajuan di Kuala Lumpur yang mungkin mengakibatkan tanah runtuh?
Kerajaan mengesyorkan penubuhan jawatankuasa bersama antara Selangor dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menyelaras aktiviti-aktiviti pembangunan bagi kawasan bersempadan antara Negeri Selangor dan Kuala Lumpur
Di peringkat Negeri Selangor, kerajaan negeri melalui JPBD Negeri Selangor sedang menyediakan kajian semula Rancangan Struktur Negeri Selangor. Salah satu pendekatan yang dilaksanakan dalam kajian ini adalah dengan rundingan yang melibatkan kawasan yang bersempadanan Negeri Selangor termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kajian ini diperingkat Laporan Tinjauan yang dijangka siap pada Februari 2014. Proses rundingan dilaksanakan semasa penyediaan Laporan Awal sehinggalah cadangan bagi pembentukan dasar dan strategi pembangunan negeri.