Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

95) PEMBANGUNAN DAN PERNIAGAAN HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil terhadap percambahan tersebut?

    Bagi bangunan – bangunan yang dibina tanpa kebenaran, pihak PBT sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis kesalahan di bawah Seksyen 70 (13) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) bagi mengawal sebarang pembinaan bangunan tanpa kebenaran di bawah pentadbiran pihak PBT. Kerjasama dan pemantauan di antara jabatan dalaman sentiasa dibuat bagi memastikan semua bangunan yang dibina mendapat kelulusan pihak PBT. Bagi yang tidak mempunyai lesen pula, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan sama ada Notis Tawaran Kompaun (NTK), sitaan dan juga pendakwaan. Lesen tidak akan dikeluarkan kepada premis yang menjalankan perniagaan di bangunan-bangunan tanpa kelulusan.

  2. Adakah pihak kerajaan negeri mempunyai statistik dewan yang di bina tanpa kebenaran?

    Statistik dewan yang di bina tanpa kebenaran yang melibatkan sebilangan PBT adalah seperti berikut:

    BIL PBT STATISTIK DEWAN YANG DIBINA TANPA KEBENARAN
    2008 2009 2010 2011 2012 2013
    1. MBSA TIDAK BERKAITAN
    2. MBPJ TIADA MAKLUMBALAS
    3. MPK                                      TIADA MAKLUMBALAS
    4. MPAJ 110
    5. MPSJ TIADA MAKLUMBALAS
    6. MPS 104
    7. MPKJ TIADA MAKLUMBALAS
    8. MPSP TIADA MAKLUMBALAS
    9. MDKL          –                    – 1
    10. MDHS TIADA
    11. MDKS TIADA
    12. MDSB TIADA

     

Lampiran

Tiada Lampiran.