Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
196) PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa lebih kemas dan tersusun serta sistematik terhadap pembangunannya kerana dalam Taman Sentosa mempunyai lebih 18 taman?
Bagi DUN Sentosa, hampir sebahagian besar kawasan telah mempunyai pembangunan manakala bagi tanah-tanah kosong telah mempunyai pembangunan komited. Dari segi kesesuaian gunatanah dan aktiviti di kawasan Sentosa adalah merujuk kepada Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035. Bagi pembangunan-pembangunan baru yang diluluskan juga telah mengambilkira kelulusan pelan-pelan di kawasan sekitar termasuk menyelaraskan keperluan rezab jalan, rezab parit dan keperluan kemudahan-kemudahan awam yang lain.
Selain itu juga bagi kawasan-kawasan yang memerlukan naiktaraf dan penambahbaikan akan disediakan pelan induk kawasan dan Rancangan Kawasan Khas bagi kawasan -kawasan kritikal yang memerlukan pembaikan dan kajian segera.