Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
36) PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyusun dan membangunkan semula DUN Sentosa lebih kemas dan tersusun serta sistematik terhadap pembangunannya?
Antara rancangan dalam menyusun dan membangunkan semula DUN Sentoasa agar lebih tersusun dan sistematik adalah:
- Meluluskan pemajuan merujuk kepada Rancangan Tempatan MPK 2035 mengikut zon yang telah ditetapkan;
- Pembangunan Tanah secara “piecemeal” tidak dapat menyediakan kemudahan awam, memerlukan penjajaran semula parit dan jalan serta penyediaan kolam tadahan;
- Bagi melengkapkan kemudahan infrastuktur dan kemudahan awam memerlukan perbelanjaan yang tinggi termasuk kos-kos pengambilan tanah bagi tujuan tersebut;
- Merujuk kepada pelan-pelan induk kawasan yang telah disediakan sebagai rujukan semasa memproses pelan-pelan pembangunan.