Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

299) PEMBANGUNAN CENTRAL LABOUR QUARTERS

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam pembangunan Centralised Labour Quartes (CLQ) di kawasan yang pesat membangun terutamanya di kawasan tumpuan pembangunan IDRISS?

    Dalam pembangunan IDRISS terdapat 2 projek pembangunan Taman Industri berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) yang diluluskan iaitu NCT Smart Industrial Park (NSIP) dan Able Business Park 1, Kuala Langat. Bagi pembangunan taman industri ini, pihak pemaju dikehendaki untuk menyediakan asrama pekerja berpusat atau Centralised Labour Quaters (CLQ) dimana komponen pembangunan ini merupakan salah satu kriteria yang ditetapkan bagi pembangunan Taman Industri Berkonsepkan MIP di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.