Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
294) PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SETEMPAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bantuan dan insentif yang disediakan Kerajaan Negeri untuk pembangunan sukan bola sepak khususnya kelab-kelab lokal setempat di DUN Jeram yang memerlukan suntikan dana pengurusan dan latihan.
Kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor bersama Persatuan Bolasepak Selangor akan memastikan program pembangunan bolasepak akan terus diperkembangkan diseluruh negeri Selangor melalui program-program yang telah disediakan terutamanya diperingkat akar umbi. Ianya bagi memastikan matlamat melahirkan pemain bolasepak terbaik dari negeri Selangor tidak akan terputus.
Disamping itu juga Kerajaan Negeri Selangor sangat mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta yang ingin membantu dan turut serta dalam memberi sokongan pembangunan bolasepak khususnya kepada kelab-kelab setempat di seluruh negeri Selangor.