Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
265) PEMBANGUNAN BERSEPADU PANTAI SUNGAI LABU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembangunan tersebut?
Cadangan pembangunan tersebut masih lagi di dalam peringkat kelulusan oleh Kerajaan Negeri. Majlis Daerah Sabak Bernam dalam ulasan terbaru menyokong penuh cadangan pembangunan tersebut yang selaras dengan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025.
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh MDSB sehingga begitu sukar menyiapkan kertas kerja untuk diangkat ke MMKN?
Setakat ini tiada arahan supaya Majlis Daerah Sabak Bernam mengangkat kertas kerja cadangan pembangunan tersebut ke MMKN. Majlis Daerah Sabak Bernam dalam surat ulasan ke Pejabat Menteri Besar pada Julai 2015 menyatakan cadangan pemajuan ini perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor dan seterusnya diangkat ke Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung penambakan laut dan pembangunan kawasan persisiran pantai dan penyediaan Laporan Environment Impact Assessment (EIA) bagi pembangunan di kawasan Sensitif Alam Sekitar
-
Apakah komitmen MDSB terhadap pembangunan tersebut yang bakal menjana kegiatan ekonomi khususnya dalam sektor eco-tourism?
Majlis Daerah Sabak Bernam amat komited terhadap mana-mana pembangunan yang boleh menjana pendapatan majlis selain daripada meningkatkan taraf hidup penduduk daerah. Sehubungan dengan itu Majlis Daerah Sabak Bernam menyokong penuh terhadap cadangan pembangunan yang dikemukakan pada masa yang sama perlu mematuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan.