Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

349) PEMBANGUNAN BERSEPADU DI WILAYAH SELATAN SELANGOR (IDRISS)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan dan perancangan dana modal untuk kawasan perindustrian seluas 2000 ekar tanah di Sepang di bawah rancangan selangor IDRISS?

    Pada masa ini, perancangan sedang dibuat untuk membangunkan suatu pelan konsep berserta kajian awal kebolehlaksanaan bagi memastikan projek tersebut berdaya laksana. Pelan konsep tersebut dijangka siap pada hujung tahun 2024 dan kebolehlaksanaan projek termasuk kaedah pendanaan modal, struktur dan model pelaksanaan, jangkaan kos dan perincian lain akan lebih jelas. Perkara ini memerlukan perbincangan lanjutan dengan tuan tanah dan pemegang taruh lain untuk memastikan kejayaan projek dan kepentingan semua pihak terjaga.

Lampiran

Tiada Lampiran.