Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

51) PEMBANGUNAN BERSEPADU DI WILAYAH SELATAN SELANGOR (IDRISS)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan IDRISS sehingga kini?

    Sebagai makluman sehingga kini sebanyak 13 projek pembangunan telah disenaraikan dibawah Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor (IDRISS). Daripada projek – projek tersebut sebanyak 5 projek pembangunan di dalam Daerah Kuala Langat dan sebanyak 8 projek di dalam Daerah Sepang. Status pembangunan projek – projek tersebut seperti berikut;-

  2. Adakah sesi libat urus dan wawaran pemakluman kepada masyarakat setempat dilakukan?

    Secara dasarnya, projek – projek pembangunan dibawah IDRISS adalah projek pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak swasta di atas tanah milikan pihak syarikat sendiri. Namun begitu, beberapa program libat urus dan wawaran telah diadakan bersama pihak penduduk setempat. Antara program libat urus dan wawaran yang telah diadakan adalah seperti berikut;-

    1. Program Libat Urus Bagi Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Pulau Carey;
    2. Wawaran pembangunan IDRISS sewaktu Program Jelajah Selangor di Kuala Langat & Sepang;
    3. Program Libat Urus bersama penduduk di sekitar bagi penyediaan Laporan Penilaian Impak Sosial bagi pembangunan Sepang Gold Coast Global Vilage, di Bagan Lalang Sepang.

Lampiran

Tiada Lampiran.