Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

67) PEMBANGUNAN BERCAMPUR KEDIAMAN DAN PERNIAGAAN

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kadar cukai tanah dan cukai pintu yang dikenakan berbanding cukai-cukai pembangunan untuk kediaman dan perniagaan?

    1. Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas tanah kategori Kediaman dan Perniagaan yang mula berkuat kuasa di Negeri Selangor pada 01 Januari 2017 adalah merupakan kadar cukai tanah baru selepas pindaan cukai dibuat pada tahun 2016 dan selaras dengan Kaedah Tanah Selangor 2003 (Pindaan 2016).

     

    Kadar cukai tanah yang dikenakan adalah berbeza mengikut daerah dalam Negeri Selangor dengan kadar cukai bagi Daerah Gombak dan Petaling adalah sama bagi kategori tanah Bandar untuk Kediaman iaitu 32.50 sen per meter persegi. Manakala untuk kategori Perniagaan kadar cukai yang dikenakan adalah 330.70 sen per meter persegi. Bagi kategori tanah Pekan pula, kadar cukai Kediaman yang dikenakan ialah

    21.70 sen per meter persegi dan untuk Perniagaan bagi kategori tanah Pekan di Daerah Gombak dan Petaling kadar cukainya ialah 220.50 sen per meter persegi. Untuk kategori tanah Desa atau Mukim pula, kadar cukai Kediaman dan Perniagaan yang dikenakan ialah 20.90 sen per meter persegi dan 212.90 sen per meter persegi.

     

    Bagi Daerah Klang, kadar cukai tanah bagi Kediaman untuk kategori tanah Bandar ialah 21.70 sen per meter persegi, kadar Perniagaan pula ialah 330.70 sen per meter persegi. Untuk kategori tanah Pekan, kadar cukai Kediaman yang dikenakan ialah 10.90 sen per meter persegi dan untuk Perniagaan kadar cukainya pula 183.70 sen per meter persegi. Untuk kategori tanah Desa atau Mukim, kadar cukai bagi Kediaman dan Perniagaan untuk Daerah Klang ialah 10.50 sen per meter persegi dan 177.40 sen per meter persegi.

     

    Manakala bagi Daerah Hulu Langat, kadar cukai tanah yang dikenakan untuk Kediaman dan Perniagaan bagi kategori tanah Bandar ialah

    11.20 sen per meter persegi dan 114.20 sen per meter persegi. Untuk kategori tanah Pekan dan Desa bagi Daerah Hulu Langat, kadar cukai Kediaman dan Perniagaan yang dikenakan adalah pada kadar yang sama iaitu 6.50 sen per meter persegi bagi Kediaman dan 73.50 sen per meter persegi bagi Perniagaan.

     

    Bagi Daerah Kuala Langat pula, untuk tanah kategori Bandar kadar cukai bagi Kediaman ialah 10.90 sen per meter persegi dan kadar cukai Perniagaan ialah 110.30 sen per meter persegi. Manakala untuk kategori tanah Pekan, cukai Kediaman dan Perniagaan ialah pada kadar 7.10 sen per meter persegi dan 73.50 per meter persegi dan untuk kategori tanah Desa bagi Kuala Langat kadar cukai Kediaman yang dikenakan adalah pada kadar 6.50 sen per meter persegi dan Perniagaan pada kadar 71.00 sen per meter persegi.

     

    Untuk Daerah Sepang, bagi kategori tanah Bandar cukai Kediaman yang dikenakan ialah pada kadar 10.80 sen per meter persegi dan untuk Perniagaan adalah pada kadar 110.20 sen per meter persegi. Bagi kategori tanah Pekan, perkadaran cukai tanah yang dikenakan bagi Kediaman dan Perniagaan adalah pada kadar 6.50 sen per meter persegi dan 73.50 sen per meter persegi. Kadar cukai tanah untuk kategori tanah terakhir bagi Daerah Sepang iaitu tanah Desa, kadar cukai yang dikenakan untuk Kediaman adalah sebanyak 6.30 sen per meter persegi dan 71.00 sen per meter persegi untuk Perniagaan.

     

    Di Daerah Hulu Selangor, kadar cukai tanah bagi kategori tanah  Bandar untuk Kediaman ialah pada kadar 10.10 sen per meter persegi dan kadar Perniagaan ialah 102.60 sen per meter persegi. Untuk kadar cukai Kediaman dan Perniagaan bagi kategori tanah Pekan dan Desa di Daerah Hulu Selangor kadar yang dikenakan adalah sama bagi kedua-dua kategori tanah iaitu 6.10 sen per meter persegi bagi Kediaman dan 68.40 sen per meter persegi bagi Perniagaan.

     

    Untuk dua daerah terakhir di Negeri Selangor iaitu Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, kadar cukai yang dikenakan bagi  kategori tanah Bandar untuk Kediaman ialah pada kadar 8.60 sen per meter persegi dan 87.40 sen per meter persegi untuk Perniagaan. Bagi status tanah Pekan  pula, kadar Kediaman  yang dikenakan  ialah

    5.00 sen per meter persegi dan kadar Perniagaan pula ialah 55.80 sen per meter persegi. Untuk kategori tanah Desa, kadar cukai bagi Kediaman untuk Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam ialah 4.70

     

    sen per meter persegi dan 53.20 sen per meter persegi bagi Perniagaan.

     

    Untuk makluman YB. sekalian, perbezaan kadar cukai tanah bagi setiap daerah ini adalah disebabkan faktor seperti nilaian semasa hartanah itu sendiri yang diperolehi daripada pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang turut mendorong semakan semula kadar cukai negeri ini dilaksanakan.

     

    Selain itu juga, kadar cukai tanah baru Negeri Selangor adalah berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan 5 Tahun 2015 pada 04 Februari 2015 yang meluluskan cadangan penyemakan kadar cukai tanah Negeri Selangor yang berkuat kuasa mulai tahun 2017 memandangkan kali terakhir kadar cukai negeri ini disemak ialah pada tahun 2006 .Penyemakan ini selaras dengan dengan peruntukan di bawah Seksyen 101 Kanun Tanah Negara yang memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk menyemak sewa (Kadar Cukai Tanah) bagi tempoh 10 tahun sekali.

    Tanah) bagi tempoh 10 tahun sekali.

     

    JADUAL 1:

    DAERAH   GOMBAK/

    PETALING

    KLANG HULU

    LANGAT

    KUALA

    LANGAT

    SEPANG HULU

    SELANGOR

    KUALA SELANGOR/

    SABAK BERNAM

     
        Kadar Byrn. Min. Kadar Kadar Kadar Byrn. Min. Kadar Byrn. Min. Kadar Kadar Byrn. Min.  
    BANDAR   sen RM sen RM sen RM sen RM RM sen RM  
    KEDIAM AN  

    Per. M /P

      32.50 53.00 21.70 11.20 10.90 49.00 10.80 49.00 10.10 8.60 39.00  
    PERNIAGAAN 330.70 106.00 330.70 114.20 110.30 97.00 110.20 97.00 102.60 87.40 79.00  
    PERUSAHAAN < 2 HA 246.00 175.00 140.60 57.10 52.70 158.00 52.80 158.00 49.00 41.50 129.00  
    > 2 HA 273.10 145.60 54.60 54.60 54.60 50.90 43.30  
    PERTANIAN  

    P/HA

      RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM  
      238.00 92.00 76.20 76.20 76.20 71.00 60.50  
    Getah/ Sawit > 40 HA 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00  
    PEKAN   sen RM sen RM sen RM sen RM RM sen RM  
    KEDIAM AN  

    Per. M /P

      21.70 53.00 10.90 6.50 7.10 49.00 6.50 49.00 6.10 5.00 39.00  
    PERNIAGAAN 220.50 106.00 183.70 73.50 73.50 97.00 73.50 97.00 68.40 55.80 79.00  
    PERUSAHAAN < 2 HA 105.50 175.00 63.30 32.80 31.70 158.00 31.70 158.00 29.40 23.80 129.00  
    > 2 HA 109.20 65.60 33.90 32.80 32.80 30.50 24.90  
    PERTANIAN  

    P/HA

      RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM RM  
      238.00 55.20 57.20 57.10 57.10 53.20 43.40  
    Getah/ Sawit > 40 HA 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00  
    DESA (MUKIM)   sen RM sen RM sen RM sen RM RM sen RM  
    KEDIAM AN  

    Per. M /P

      20.90 53.00 10.50 6.50 6.50 48.00 6.30 49.00 6.10 4.70 39.00  
    PERNIAGAAN 212.90 106.00 177.40 73.50 71.00 96.00 71.00 97.00 68.40 53.20 79.00  
    PERUSAHAAN < 2 HA 105.50 140.00 63.30 32.80 30.50 140.00 30.50 140.00 29.40 23.80 140.00  
    > 2 HA 109.20 65.50 33.90 31.70 31.70 30.50 24.90  
    PERTANIAN   RM RM RM RM RM RM RM  
    Getah/ Sawit/ Kelapa/ Koko  

     

     

    P/HA

    > 5 HA 35.40 34.20 35.40 35.40 35.40 32.90 25.60  
    < 5 HA 29.00 28.00 29.00 29.00 29.00 27.00 21.10  
    Getah/ Sawit > 40 HA 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00 150.00  
    Padi/ Nipah/ Sagu   10.40 10.10 10.40 10.40 10.40 9.70 25.60 (padi)  
                      7.50  
    Lain-Lain 14.50 14.00 14.50 14.50 14.50 13.50 10.60  

     

    KADAR CUKAI TANAH SEMASA NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH (BERKUATKUASA BERMULA 01 JANUARI 2017)

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Manakala kadar cukai taksiran yang dikenakan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya adalah seperti jadual berikut:

     

    BIL KAWASAN JENIS PEGANGAN KADAR (%)
    1 Seksyen 1, 2, 3, Seri Setia, Kampung Baru Damansara (Seksyen 17A), PJS 2,4,6 dan sebahagian PJS 10)

    (Kawasan Simpanan Melayu dan Membangun)

    Kediaman

     

    Lain-Lain Pegangan

    7.7%

     

    8.8%

     

    BIL KAWASAN JENIS

    PEGANGAN

    KADAR

    (%)

    2 Kampung Kayu Ara, Kayu Ara Indah, Kampung     Cempaka     dan     semua kampong tradisional di Petaling Jaya (Kawasan Belum Membangun) Semua Pegangan 5.5%
    3 Petaling Jaya Selatan dan Petaling Jaya Utara Rumah              Kos Rendah Sahaja (bukan bertingkat) 7.7%
    4 Sri   Damansara,    Mayang   Mas   dan Megah Mas

    (Diambilalih daripada MDP)

    Kediaman/    Tanah Kosong

     

    Lain-lain Pegangan

     

    Kediaman bertingkat

    5.5%

     

     

    6.6%

     

    5%

    5 Semua Kawasan yang tidak termasuk dalam 1-4 di atas

    (Kawasan Maju)

    Semua Pegangan 8.8%
    6 Petaling Jaya Utara Tanah Pertanian 5.5%
    7 Semua Kawasan Petaling Jaya Kediaman Bertingkat Flat Kos Rendah

     

    Flat,   Apartmen dan Kondominium (kecuali item 4)

     

    Pangsapuri Servis

    5%

     

    6%

     

     

    6.6%

  2. Berapakah caj tarif bagi bil-bil utiliti bagi pembangunan bercampur?

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya tiada mengenakan caj bil utiliti dan pengenaan bil utiliti dibuat oleh TNB atau SYABAS bagi pembangunan bercampur.

Lampiran

Tiada Lampiran.