Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
104) PEMBANGUNAN BELlA DAN SUKAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat negeri Selangor mengikut daerah?
Kerajaan Negeri memang amat peka dan prihatin dalam menyediakan
kemudahan sukan kepada seluruh rakyat negeri Selangor bagi semua peringkat
lapisan masyarakat, di setiap daerah untuk bersukandan berekreasi.
Bagi tujuan tersebut, kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan di setiap
daerah telah pun menyediakan kemudahan-kemudahan sukan untuk masyarakat
dan pecahan jumlah kemudahan adalah seperti di LamDiran A. -
Apakah tindakan yang dibuat kepada kontraktor-kontraktor penyelenggaraan yang gagal menyelenggarakan kemudahan-kemudahanini yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan oleh orang ramai? Nyatakan kontraktor-kontraktor yang bermasalah ini?
Di peringkat Majlis Sukan Negeri Selangor, Majlis mempunyai beberapa buah
kemudahan sukan yang dimiliki sepenuhnyaseperti Pusat Sukan MSN Selangor,
Seksyen 6 yang merangkumi beberapa jenis sukan seperti badminton, street
soccerlfutsal, bola tampar, bola jaring, sukan tempur dan Kompleks Lawn Bowl
di Seksyen 13, Shah Alam. Majlis tidak mengalami permasalahan kontraktorkontraktor pada waktu ini dan kesemua projek milik Majlis telah siap dibina dan
di selenggara dengan baik kecuali padang Lwn Bowl yang perlu ditukar kepada
artificial turf ( yang lainnya di bawah pengurusanPihak BerkuasaTempatan ). -
Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk pembangunan belia dan sukan di negeri ini bagi memastikan belia-belia diisi dengan aktiviti berfaedah mengikut pecahan jenisnya?
Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap pembangunan
belia dan sukan di negeri Selangor. Sebanyak RM100,000 di peruntukan untuk
Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan bagi menganjurkan program-program
belia dan Sukan di Negeri Selangor. Di samping itu, Kerajaan Negeri
memperuntukkan RM400,000 untuk Program Pembangunan Belia. Dengan
peruntukan ini, persatuanbelia boleh memohonsumbangan untuk menganjurkan
aktiviti pembangunanbelia di Selangor.Kerajaan Negeri juga menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta setahun
kepada Majlis Sukan Negeri Selangor untuk Program Pembangunan Sukan. Ini
bertujuan untuk melahirkanbelia yang cemerlangdalam bidang sukan.