Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

58) PEMBANGUNAN BELIA YANG INKLUSIF

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Pelan Tindakan Pembangunan Belia kerajaan negeri?

    Kerajaan Negeri Selangor berusaha untuk memperkasa Pembangunan Belia ke arah gaya hidup positif dalam menyediakan golongan muda dan remaja menghadapi cabaran keremajaan dan kedewasaan melalui program-program yang dirancangkan bagi melepasi satu tahap keupayaan sosial, moral, emosi, fizikal dan mental yang seimbang. Seterusnya, pelbagai program pembangunan belia berdasarkan kepada 6 teras iaitu kepimpinan, keusahawanan, pendidikan, sukan, kemasyarakatan dan seni budaya bagi mencapai hasrat kerajaan dalam membentuk belia sebagai tonggak Negara.

  2. Apakah usaha kerajaan bagi memastikan belia Selangor menjadi pemilih yang bertanggungjawab dalam pilihan raya yang akan datang?

    Di antara usaha-usaha kerajaan dalam memastikan belia Selangor menjadi pemilih yang bertanggungjawab dalam pilihan raya ialah kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam membantu golongan belia dari pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi dan sosial. Seterusnya, kerajaan perlu memberi ruang dan peluang kepada golongan belia dalam menyuarakan pendapat dan pandangan dari pelbagai aspek dan mengambil kira pandangan dan pendapat tersebut sebagai penambaikkan dalam melaksanakan pembangunan belia.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.