Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
67) PEMBANGUNAN BELIA DAN INFRASTRUKTUR SUKAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah dan bajet dalam membangunkan infrastruktur sukan negeri dalam tempoh Mac 2008 sehingga April 2013 mengikut pecahan DUN?
Bagi meningkatkan penglibatan rakyat khususnya golongan belia terlibat dalam aktiviti sukan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM800,000.00 bagi menaik taraf dan membaik pulih kemudahan sukan.
-
Berapakah jumlah dan bajet program sukan negeri Selangor dalam tempoh Mac 2008 sehingga April 2013 mengikut pecahan DUN?
Program sukan Negeri Selangor yang telah dan sedang dijalankan adalah di peringkat daerah yang melibatkan pihak Majlis Sukan Daerah (MSD). Pada 2008, sebanyak RM15 ribu setahun diperuntukkan untuk setiap daerah sehingga tahun 2012.
Bermula pada tahun 2013, peruntukkan kepada daerah-daerah telah dinaikkan kepada RM 20 ribu kepada 5 Majlis Daerah iaitu:-
- Majlis Daerah Petaling
- Majlis Daerah Klang
- Majlis Daerah Sepang dan
- Majlis Daerah Hulu Langat dan
- Majlis Darah Gombak
Manakala 4 daerah selebihnya telah diperuntukkan sebanyak RM 100 ribu kepada:
- Majlis Daerah Sabak Bernam
- Majlis Daerah Kuala Selangor
- Majlis Daerah Kuala Langat
- Majlis Daerah Hulu Selangor
Peruntukkan ini berdasarkan program khusus untuk daerah. Bagi 4 daerah yang mendapat peruntukkan khas RM100 ribu setahun, ianya adalah untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sukan Daerah (PSKD).
-
Apakah jenis-jenis sukan yang menjadi fokus kerajaan negeri Selangor dan apakah program yang dirangka untuknya?
Buat masa ini, jenis – jenis sukan yang menjadi fokus kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor adalah sukan – sukan yang menawarkan banyak (>10) pingat emas. Antara sukan yang disenaraikan adalah :
- Angkat berat – 32 pingat
- Sukan akuatik – 48 pingat
- Sukan olahraga – 45 pingat
- Sukan menembak 26 pingat
- Sukan memanah – 24 pingat
- Sukan gimnastik – 21 pingat
- Sukan Lumba basikal – 30 pingat Sukan kanu – 18 pingat
Objektif program khas ini yang ditubuhkan pada tahun 2013 adalah untuk memantapkan lagi persediaan pasukan sukan program khas secara terperinci. Antara program yang dirancangkan adalah:
- Menyertai kejohanan yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa sebagai pendedahan supaya atlit-atlit terpilih ini dapat mengukur tahap prestasi masing-masing dan juga menimba pengalaman yang berbeza.
- Menjalani latihan secara intensif (harian) sepanjang tahun.
- Menjalankan program bertindik (attachment) dengan negara-negara luar seperti pendidikan jurulatih dan latihan atlit dan termasuk juga dengan pihak universiti.
- Kem binaan untuk memantapkan juga aspek kerohanian dan mental supaya ianya seiring dengan pencapaian fizikal dan teknikal.
Adalah menjadi harapan pihak majlis agar Program Khas ini dapat dijalankan sepanjang tahun dan mendapat sokongan padu dari pihak kerajaan negeri untuk bersama-sama membantu untuk mengejar kejuaraan.