Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
275) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan untuk membangunkan para belia negeri?
Perancangan Kerajaan Negeri dalam membangunkan para belia adalah sebagaimana berikut :-
- Mempertingkatkan promosi dan penawaran terhadap program-program keusahawanan belia;
- Melibatkan lebih ramai belia dalam perancangan program-program belia termasuklah program pendidikan bagi memastikan kesesuaian program dengan keperluan belia;
- Penekanan yang lebih mendalam kepada pembangunan kemahiran sosial dan insaniah dalam semua program pendidikan belia ; dan
- Meningkatkan jumlah profesional pegawai belia negeri dan pembekal perkhidmatan belia dalam meningkatkan kualiti dan daya tarikan belia serta masyarakat .
-
Bagaimanakah profil para belia Selangor ketika ini?
Profil Belia Selangor pada masa kini adalah melalui kumpulan sasaran yang sangat signifikan dalam menentukan halatuju pembangunan Negeri Selangor. Belia adalah kelompok terbesar dengan peratusan sebanyak 49.4% daripada keseluruhan populasi Negeri Selangor. Kumpulan sasarannya adalah seperti berikut :-
- Belia Minoriti
( Kumpulan Minoriti, Orang Asli, OKU dan Gelandangan)
- Belia Berisiko
(Mati Rempit, Trangender dan Penagih Dadah)
- Belia Berpendapatan Rendah
- Belia IPT
( Pelajar, Sekolah Kerajaan / Swasta/ Madrasah)
- Belia Berpesatuan
- Belia Profesional
- Belia Usahawan
- Belia Berpotensi
-
Apakah karakter dan perwatakan belia yang ingin dibangunkan?
Melalui Dasar Belia Selangor, Kerajaan Negeri merangka untuk membangunkan karakter dan perwatakan generasi belia yang bersatupadu, berilmu, berkepimpinan, berdisiplin, berakhlak, bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya positif ke arah kelestarian pembangunan Negeri Selangor di peringkat Serantau dan Antarabangsa.