Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

12) PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan program pembangunan belia yang boleh dimanfaatkan setiap DUN setakat ini?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda   dan Sukan telah merangka program pembangunan belia di peringkat akar umbi melalui program seperti Liga Sukan Selangor Plus 2015 dan juga program yang diselaraskan oleh Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Liga Sukan Selangor Plus pada tahun 2015 telah menarik lebih seramai 1500 orang generasi muda Selangor dari peringkat DUN untuk bertanding dalam sukan futsal, bola jaring 3-on-3 dan bola keranjang. Untuk tahun ini, Kerajaan Negeri merancang untuk menambah dua jenis sukan lagi dan menarik lebih banyak DUN untuk terlibat.

     

    Selain itu, setiap DUN juga boleh bekerjasama menganjurkan program dan aktiviti dengan Penggerak Belia Tempatan (PeBT). Semua program-program yang dirancang dan dijalankan adalah berpandukan kepada 10 teras utama sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Belia Selangor iaitu Keusahawanan dan Pekerjaan, Kepimpinan dan Organisasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawanan, Kebudayaan dan Kesenian, Kesejahteraan dan Kesihatan, Sukan dan Kecergasan, Agama dan Spiritualiti dan Pengantarabangsaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.