Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
29) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah Dasar Belia serta pelan tindakan pembangunan belia berkesan?
Kerajaan Negeri amat menitik beratkan aspek pembangunan belia di Negeri Selangor memandangkan lebih lima puluh peratus (50%) populasi rakyat Selangor adalah di kalangan generasi muda. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Dasar Belia Negeri Selangor pada tahun 2014 sebagai panduan kepada Pembangunan Generasi Muda di Selangor. Melalui Dasar Belia Selangor, 10 teras telah diwujudkan iaitu Keusahawanan dan Pekerjaan, Kepimpinan dan Organisasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemasyarakatan, Jaringan dan Kesukarelawanan, Kebudayaan dan Kesenian, Kesejahteraan dan Kesihatan, Sukan dan Kecergasan, Agama dan Spiritualiti dan Pengantarabangsaan. Justeru, program-program Pembangunan Generasi Muda telah dilaksanakan berdasarkan teras-teras
Justeru itu, hala tuju Kerajaan Negeri dalam membangunkan belia di Selangor dizahirkan dengan penubuhan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) sejak tahun 2009. PeBT bertindak sebagai ejen dan jentera pelaksana agenda Kerajaan Negeri dalam merealisasikan dasar – dasar berkaitan pembangunan belia di peringkat akar umbi. Pelbagai aktiviti dan program pembangunan belia telah dilaksanakan sebanyak 419 program berdasarkan 10 teras tersebut iaitu sebanyak 137 program telah dianjurkan di bawah Teras Sukan & Kecergasan,
129 program di bawah Teras Kemasyarakatan, Jaringan Komuniti & Kesukarelawan, 80 program di bawah Teras Agama dan Akhlak dan 73 program di bawah Teras Kesejahteraan dan Kesihatan.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan akan memulakan satu inisiatif baru iaitu Sahabat Gen-S. Sahabat Gen-S yang akan diperkenalkan bertujuan untuk menarik penglibatan Generasi Muda terutamanya di Selangor dalam bentuk kesukarelawanan dan aktiviti kemasyarakatan selaras dengan Dasar Belia Selangor. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk mendidik dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan generasi muda untuk sentiasa memberi khidmat kepada rakyat Selangor secara sukarela.
-
Berapakah tokoh belia di Selangor dalam bidang industri keusahawanan, sukan, pendidikan, sains dan teknologi dan kebudayaan?
Untuk makluman buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai tokoh belia di dalam semua bidang seperti bidang industri keusahawanan, sukan, pendidikan, sains dan teknologi dan kebudayaan. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dipertimbangkan pada masa akan datang sebagai pengiktirafan kepada golongan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan