Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
105) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pencapaian terbaik belia Selangor dalam bidang sukan?
Penglibatan atlet belia Selangor di dalam sukan di peringkat antarabangsa (Olimpik, Sukan Asia, Sukan SEA, dan Komanwel) adalah seperti berikut:-
- 2015 – berapa orang
- 2016 – 1 atlet belia dan 1 atlet belia OKU
- 2017 –
- 2018 – 8 atlet belia + 1 atlet belia OKU
- 2019 –
Pencapaian belia terbaik Selangor dalam bidang sukan ialah mewakili Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Rio, Brazil pada tahun 2016. Beliau yang dimaksudkan dalah Saudari Phee Jinq En daripada sukan Akuatik Renang. Beliau berusia 22 tahun dan berasal dari Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Di peringkat Negeri, beliau berada di bawah Program Pembangunan Sukan Renang Negeri Selangor bermula pada tahun 2010 hingga 2013 dan seterusnya menjalani latihan di bawah Program Majlis Sukan Negara hingga kini.
Tambahan pula, menurut maklumat daripada pihak Majlis Sukan Negara, terdapat seramai 87 orang atlet belia Selangor yang mewakili negara pada masa kini.
Daripada jumlah tersebut, seramai lapan orang atlet belia telah berjaya memenangi pingat di peringkat tertinggi iaitu Sukan Asia, Jakarta / Palembang dan Sukan Komanwel Gold Coast, Australia pada tahun lepas (2018).
Pencapaian terbaik pula telah dikongsi oleh tiga orang atlet iaitu:
- Sukan Asia, Jakarta / Palembang
- Atlet Tenpin Boling – Muhammad Rafiq bin Ismail (Emas – Kategori Masters)
- Sukan Komanwel Gold Coast, Australia
- Gimrama – Amy Kwan Dict Weng (Emas – acara ribbons)
- Lawn Bowls – Emma Firyana binti Saroji (Emas – acara pairs)
Dalam masa yang sama, pencapaian atlet belia OKU Selangor yang tertinggi ialah Mohd Ziyad bin Zulkefli dalam acara Lontar Peluru F20 iaitu Emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016. Saudara Ziyad juga telah mendapat pingat emas dalam Sukan Asia, Jakarta (2018) dan International Paralympic Committee (IPC) World Athletics Championships London pada tahun 2017.
-
Apakah program insentif untuk pembangunan persatuan belia Selangor?
Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan persatuan belia di Selangor. Lazimnya ia melalui pelbagai insiatif dan insentif termasuk menggalakkan penglibatan Badan – badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menjalankan program-program berkaitan pembangunan belia di Selangor.
Bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan pelaksanaan program-program seperti berikut:-
- Kolaborasi (Program Belia & Sukan) – RM144,200.00 daripada peruntukan RM200,000.00
- Sumbang NGO (Program Belia & Sukan) – RM35,000.00 daripada peruntukan RM50,000.00
-
Berikan jumlah peratusan belia yg terlibat dengan pertubuhan belia di Selangor
Jumlah pertubuhan belia di Negeri Selangor yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668)
Sehingga 16 Julai 2019 adalah seperti berikut:-- Keahlian pertubuhan belia – 152,964 orang
*rekod Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (Registrar of Youth-ROY)
*5% berbanding jumlah belia di Selangor iaitu 3 juta
- Pertubuhan Belia berdaftar – 1,764
- Pertubuhan Belia Aktif – 1,239
- Pertubuhan Belia dibatalkan – 525