Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

87) PEMBANGUNAN BELIA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana PeBT boleh berperanan memberi kesedaran kepada belia untuk celik pembangunan diri, sosial dan politik?

    Pengerusi-pengerusi PeBT merupakan belia yang terpilih dikalangan belia-belia yang aktif dengan persatuan, masyarakat ataupun mempunyai sebarang pengalaman berkaitan belia di zon tersebut. Pemilihan belia-belia ini dilakukan menerusi Ahli-Ahli Dewan Negeri, Penyelaras-Penyelaras DUN atau Ahli-Ahli Majlis dengan beberapa kriteria yang telah digariskan oleh Kerajaan Negeri.

    PeBT Peringkat Zon telah diberikan enam (6) teras program sebagai panduan dalam melaksanakan program-program di zon yang dipertanggungjawabkan. Enam (6) teras program tersebut ialah :

    1. Sukan,
    2. Pendidikan,
    3. Ekonomi,
    4. Kepimpinan,
    5. Kemasyarakatan dan
    6. Kebudayaan

    Selain melaksanakan program-program peringkat zon, PeBT juga turut dilibatkan bersama dalam program-program Kerajaan Negeri seperti GemS, SPIES, Anak Muda Prihatin Masjid, kursus-kursus usahawan dan lain-lain program yang memerlukan penglibatan belia. Selalunya PeBT dipohon untuk menghebahhebahkan program-program ini kepada belia setempat dan ianya mendorong PeBT untuk sama-sama mengajak belia di zon tersebut untuk terlibat dengan programprogram yang bermanfaat ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.