Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
35) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk dibuat program seumpama ÔJom ShoppingÕ untuk golongan belia bagi tujuan pembiayaan peralatan sukan seperti raket badminton, kasut bola dan sebagainya?
- Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan untuk dibuat program seumpama ‘Jom Shopping’ untuk golongan belia bagi tujuan pembiayaan peralatan sukan seperti raket badminton, kasut bola dan sebagainya. Akan tetapi, program-program yang dirancang adalah berdasarkan kepada peruntukan semasa yang telah diperuntukkan untuk menjalankan program-program pembangunan belia dan juga program-program sukan dalam usaha Kerajaan Negeri untuk memartabatkan sukan di persada negeri dan
-
Apakah terdapat cadangan kerajaan negeri untuk menubuhkan sebuah Akademi Kepimpinan untuk belia di Negeri Selangor?
- Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan penubuhan sebuah Akademi Kepimpinan untuk belia di Negeri Selangor dalam usaha untuk melatih serta memberi pendedahan kepada golongan belia yang merupakan tonggak kepimpinan pada masa akan datang. Akan tetapi, buat masa ini Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mewujudkan Akademi Bola Sepak yang mampu untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat Belia-belia Negeri Selangor dalam sukan bola sepak untuk dipertandingkan di peringkat negeri dan