Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
117) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan satu bajet khas bagi membaik pulih kemudahan sukan di setiap daerah?
Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan kemudahan sukan di Negeri Selangor dalam usaha untuk meningkatkan mutu sukan terutamanya di kalangan generasi muda dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti riadah. Sehubungan itu, di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3,240,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Kemudahan Sukan di Negeri Selangor. Peruntukan tersebut adalah termasuk peruntukan untuk membaikpulih kemudahan sukan di peringkat DUN yang telah dinaikkan daripada RM20,000.00 kepada RM40,000.00 kepada setiap DUN yang mana projek ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Pemilihan bagi kelulusan projek ini adalah mengikut tahap projek kemudahan tersebut. Berikutan, pihak DUN boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak PDT untuk kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk mendapatkan data dan status semasa kemudahan sukan di Selangor dalam usaha untuk memastikan kemudahan-kemudahan sukan tersebut dapat dinaiktaraf dan seterusnya digunakan untuk tujuan aktiviti sukan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, projek-projek pembangunan infrastuktur sukan akan diutamakan kepada kemudahan-kemudahan sukan yang kritikal dan perlu dinaiktaraf segera.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menubuhkan pusat latihan dan kemahiran (TVET) di setiap daerah bagi golongan belia yang tercicir di alam persekolahan?
Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) merupakan satu langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam meningkatkan keupayaan pendidikan kemahiran teknikal dan Ikhtisas di Negeri Selangor. Namun, cadangan penubuhan Pusat Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) masih dalam peringkat perbincangan dan memerlukan kajian yang terperinci bagi memastikan ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Walau bagaimanapun, pusat latihan yang sedia ada boleh dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya golongan belia bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut yang menawarkan pelbagai bidang dari peringkat sijil hingga diploma seperti Kolej Komuniti dan Giat MARA. Selain itu, golongan belia juga boleh mengambil peluang untuk melanjutkan pengajian di Kolej Antarabanga INPENS yang merupakan pusat latihan di bawah Kerajaan Negeri. Senarai Kolej Komuniti dan Giat Mara adalah seperti berikut :-
KOLEJ KOMUNITI DI SELANGOR
BIL NAMA KOLEJ KOMUNITI KURSUS 1. Kolej Komuniti Ampang 1. Sijil Teknologi Telekomunikasi 2. Diploma Teknologi Telekomunikasi
2. Kolej Komuniti Hulu Langat 1. Sijil Teknologi Maklumat 2. Sijil Pengoperasian Perniagaan
3. Sijil Perakaunan (Dahulu dikenali sebagai Sijil Akauntansi)
4. Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
3. Kolej Komuniti Hulu Selangor 1. Sijil Pelancongan Dan Pengembaraan 2. Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan
3. Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
4. Sijil Pengendalian Pelancongan
5. Sijil Rangkaian Komputer
6. Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
4. Kolej Komuniti Klang 1. Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan 2. Sijil Rangkaian Komputer
3. Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Kolej Komuniti Kuala Langat 1. Sijil Animasi 2D 2. Sijil Teknologi Maklumat
3. Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
4. Sijil Teknologi Elektrik
5. Sijil Pengendalian Pelancongan
6. Sijil Pengkeranian Akaun
7. Sijil Pengoperasian Perniagaan
8. Sijil Perakaunan (Dahulu dikenali
9. Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot
6. Kolej Komuniti Sabak Bernam 1. Sijil Fesyen Dan Pakaian 2. Sijil Pelukis Pelan Senibina
3. Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan
4. Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan
5. Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan)
6. Diploma Teknologi Komputer
7. Sijil Lukisan Senibina
8. Sijil Teknologi Elektrik
9. Sijil Rangkaian Komputer
10. Diploma Teknologi Senibina
7. Kolej Komuniti Selayang 1. Sijil Animasi 2D 2. Sijil Animasi 3D
3. Sijil Fesyen dan Pakaian
4. Sijil Kulinari
5. Sijil Operasi Perhotelan
6. Sijil Pastri
7. Sijil Rekabentuk Dalaman
8. Diploma in Games Art
8. Kolej Komuniti Shah Alam 1. Sijil Rekabentuk Dalaman 9. Kolej Komuniti Tanjong Karang 1. Sijil Lukisan Senibina 2. Sijil Teknologi Senibina
10. Kolej Profesional MARA Beranang 1. Foundation For HND In Computing (Business Information Technology) 2. Program Asas Teknologi Maklumat Perniagaan
3. Program Asas Pengkomputeran
4. Diploma In Business Studies
5. Diploma Perakaunan
6. HND In Computing (Business Information Technology)
7. Diploma Pengajian Perniagaan
8. Diploma Perakaunan
9. HND in Computing (Business Information Technology)
10. Diploma Perniagaan Tani
11. Diploma Pengajian Perniagaan
12. Diploma Perakaunan Higher National Diploma in Computing and Systems Development
PUSAT GIAT MARA DI SELANGOR
BIL GIATMARA KURSUS YANG DITAWARKAN 1. Ampang Jaya (2) 1. Seni Reka Gaya Rambut Solekan 2. Bangi (2) 1. Teknologi 2. Percetakan Desktop Publishing Artist
3. Gombak (3) 1. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara 2. Fashion And Dressmaking
Holistic And Wellness Spa
4. Hulu Langat (3) 1. Fashion And Dressmaking 2. Teknologi Automotif
3. Masakan Dan Pramusaji
5. Hulu Selangor (4) 1. Pendawai Elektrik 2. Teknologi Automotif Hiasan Dalaman
3. Fashion And Dressmaking
6. Kapar (3) 1. Pendawai Elektrik (Pw2) 2. Teknologi Automotif Pemasangan Gas Asli Kenderaan (Ngv)
7. Kelana Jaya (1) 1. Confectionary And Bakery 8. Klang (2) 1. Confectionary And Bakery Masakan Dan Pramusaji 9. Kota Raja (3) 1. Teknologi Animasi 2. Graphic Design And Advertising
3. Videography And Visual Effects
4. 3D Animation Visual Artist (Sldn)
10. Kuala Langat (2) 1. Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam 2. Teknologi Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan
11. Kuala Selangor (2) 1. Fashion And Dressmaking Teknologi Fotografi 12. Pandan (1) 1. Confectionary And Bakery 13. Petaling Jaya (Selatan) (1) 1. Tool And Die Technology 14. Petaling Jaya (Utara) (1) 1. Early Childhood Education And Training 15. Puchong (3) 1. Pendawai Elektrik (Pw2) 2. Teknologi Automotif
3. Teknologi Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan
16. Sabak Bernam (2) 1. Teknologi Sistem Komputer Teknologi Automotif 17. Selayang (2) 1. Pendawai Elektrik (Pw2) Fashion And Dressmaking 18. Sepang (3) 1. Pendawai Elektrik (Pw1) Pendawai Elektrik (Pw4) 2. Fashion And Dressmaking
19. Serdang (2) 1. Fashion And Dressmaking 2. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara
20. Shah Alam (2) 1. Seni Reka Gaya Rambut Solekan Dan Terapi Kecantikan 21. Subang (3) 1. Teknologi Automotif Teknologi Motosikal 2. Fashion And Dressmaking
22. Sungai Besar (4) 1. Pendawai Elektrik (Pw2) 2. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara Teknologi Kimpalan Dan Fabrikasi Logam
3. Fashion And Dressmaking
23. Tanjung Karang (3) 1. Teknologi Motosikal 2. Teknologi Baikpulih Dan Mengecat Kenderaan Fashion And Dressmaking