Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

53) PEMBANGUNAN BARU DAN PEMBANGUNAN SEMULA PJ LAMA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pelan kerajaan negeri berkaitan perkara di atas? Sila beri maklumat terperinci (kawasan-kawasan / seksyen-seksyen terlibat, dari segi pembangunan baru / pembaharuan, kos projek, berapa lama).

    Penyediaan “Vision Plan” dan “Management Model” bagi Pembahruan Bandar merangkumi kawasan Pusat Bandar Separa Wilayah Seksyen 52 (termasuk sebahagian Seksyen 7 dan 14), Seksyen 8, Seksyen 51 dan Seksyen 51A. Berdasarkan kepada keputusan MMKN ke 29/2010 yang diadakan pada 27 Oktober 2010 telah bersetuju kos keseluruhan RM 482,400.25 dibahagi sama rata antara Kerajaan Negeri dan MBPJ. (50% – RM 241,200.25 ditanggung oleh MBPJ).

    Tempoh penyediaan “Vision Plan” ini dijangka mengambil masa 3 bulan yang melibatkan 3 peringkat penyediaan utama iaitu Peringkat Discussion Plan, Peringkat

    Penyediaan Laporan Vision Plan dan Peringkat Management Model. Walaubagaimanapun, jangka masa kajian ini tidak termasuk dengan pembentanganpembentangan yang akan dijalankan oleh perunding.

    Penyediaan laporan ini masih di peringkat cadangan awalan termasuk pengumpulan maklumat / pandangan daripada pemilik tanah. Sehingga kini, Majlis telah mengadakan sesi taklimat kepada pemilik tanah dan penduduk pada 16 Mei 2011 dan sesi taklimat kali kedua dijangka akan di jalankan pada 7 Ogos 2011.

  2. Adakah pihak kerajaan negeri akan menghentikan sementara (moratorium sementara) semua pembangunan baru?

    Penghentian sementara / ’moratorium’ bagi semua pembangunan di Petaling Jaya tidak sesuai dilaksanakan. Walaubagaimanapun setiap pembangunan dan pembaharuan bandar akan diteliti dari segi impak ke atas halatuju pembangunan keseluruhan Petaling Jaya.

    Beberapa langkah telah diambil oleh MBPJ dalam meneruskan pembangunan antaranya seperti berikut :-

    • Menggunakan Rancangan Pemajuan (RSN, DRTPJ2, RTPJ 1 dan RKK Seksyen 13 ) sebagai panduan dalam memberi kelulusan perancangan pembangunan.
    • Mengadakan proses perundingan awam bersama penduduk dan pihak terlibat.
    • Mengadakan peruntukan kewangan bagi membangun dan meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan.
    • Penubuhan Kumpulan Wang Perkhidmatan Kemajuan ( Improvement Service Fund ) dan Caj Pemajuan bagi mengumpulkan dana untuk meningkatkan infrastruktur dan Kemudahan Awam.
    • Menjalankan penguatkuasaan ke atas pembangunan tanpa kebenaran merancang, aktiviti salahguna bangunan , tambahan bangunan tanpa kelulusan dan aktiviti yang tidak mematuhi syarat kelulusan lesen premis. Sehubungan dengan itu pengawasan yang rapi sentiasa dijalankan telah dibuat melalui Unit Aduan Majlis.
  3. Bagaimanakah pihak kerajaan negeri akan menyelesaikan masalah kekurangan ruang (tanah) dan kekurangan infrastruktur seperti jalanraya, saliran, pembetungan, bekalan air dan elektrik, penyelenggaraan am dan kemudahan awam?

    Masalah kekurangan ruang (tanah) dan kekurangan infrastruktur seperti jalanraya, saliran, pembetungan, bekalan air dan elektrik, penyelenggaraan am dan kemudahan awam boleh diatasi melalui pembangunan semula dan pembaharuan semula sesuatu Bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.