Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

121) PEMBANGUNAN BANGUNAN HAKMILIK STRATA DENGAN KATEGORI KEGUNAAN TANAH BERCAMPUR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri menpunyai rancangan untuk membenarkan pembangunan hakmilik strata dengan kategori kegunaan tanah yang bercampur? Contoh: kewujudan hakmilik tanah kediaman dan komersial di dalam satu bangunan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum dengan trend semasa yang menunjukkan pemaju cenderung untuk membangunkan pangsapuri perkhidmatan (Service Apartment), Small Office Home Office (SOHO) atau apa-apa pembangunan komersial yang boleh dijadikan tempat kediaman / tempat tinggal secara tetap termasuklah ‘Boutique Office’ seperti Small Office Versatile Office (SOVO) dan Small Office Flexible Office (SOFO) di sepanjang jalan, pusat-pusat bandar, kawasan ‘Transit Oriented Development’ (TOD) serta kawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan yang mudah.

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menyediakan Pekeliling LPHS Bilangan 2 Tahun 2016 – Dasar Pembangunan Pangsapuri Kediaman Komersial Dan Boutique Office Mampu Milik Negeri Selangor yang berkuatkuasa mulai 1 September 2016.

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, prinsip perancangan pembangunan pangsapuri perkhidmatan dan SOHO di kawasan TOD dinyatakan di dalam Dasar Perancangan Pembangunan Berorientasikan Transit Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 7/2016 bertarikh 24 Februari 2016 dan telah berkuatkuasa mulai 2 Mac 2016 serta Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Ketiga) yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) yang telah diluluskan pemakaiannya di MMKN ke 35/2016 pada 19 Oktober 2016 dan disahkan di MMKN ke 36/2016 pada 26 Oktober 2016.

    Dasar ini dibangunkan memandangkan terdapat keperluan untuk menyediakan ruang-ruang perniagaan kepada golongan usahawan muda serta usahawan baru yang tidak memerlukan ruang pejabat yang besar. Selain daripada itu, pengenalan dasar ini juga merupakan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menyediakan rumah mampu milik terutamanya untuk golongan menengah dan bawah.

Lampiran

Tiada Lampiran.