Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
67) PEMBANGUNAN BANDARAYA SHAH ALAM KIAN PESAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk pengangkutan darat di Bandar Shah Alam?
Majlis Bandaraya Shah Alam telah merangka pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam darat di Bandaraya Shah Alam seperti berikut :
- Pelan Perancangan Jangka Pendek
- Menyediakan perkhidmatan ‘Park n Ride’ di Stesen Komuter, Seksyen 19, Shah
- Menaiktaraf terminal bas, Seksyen 17, Shah
- Membina Hentian Akhir Bandar (HAB) di Stesen Komuter, Seksyen 19, Shah Alam.
- Menaiktaraf hentian dan pondok
- Memberi perkhidmatan bas percuma untuk penduduk Shah
Pelan Perancangan Jangka Panjang
- MBSA sedang dalam proses penyediaan Kajian Pengangkutan Awam Shah Alam bagi membentuk perancangan dan pelan induk pengangkutan awam yang lebih
- MBSA juga bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi pelaksanaan projek-projek pengangkutan awam seperti berikut :
- Projek Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya – Ampang
- Projek Mass Rapid Transit (MRT) laluan Buloh – Kajang
- Projek Bus Rapid Transit (BRT) laluan Kuala Lumpur – Klang
- Projek Sambungan Komuter Sky Park Link laluan Subang – Skypark Terminal
- Projek Transit Aliran Ringan (LRT) 3 laluan Bandar Utama – Klang
- Projek Mass Rapid Transit (MRT) 2 laluan Buloh – Putrajaya
- Projek ‘Bus Into Panel’ di setiap hentian dan pondok bas di Shah Alam
- Pelan Perancangan Jangka Pendek
-
Apakah usaha pengangkutan untuk menghubungkan pusat-pusat komersial di MBSA?
MBSA telah melaksanakan usaha bagi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang dapat menghubungkan pusat-pusat komersil di Shah Alam. Antara usaha yang dilaksanakan adalah dengan mewujudkan perkhidmatan bas bandar (city bus) dan meningkatkan perkhidmatan kekerapan bas-bas tersebut.
Pada masa ini terdapat 4 buah syarikat bas awam yang memberi perkhidmatan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 25 laluan yang telah menghubungkan pusat- pusat komersil di Shah Alam dan juga kawasan sekitar.
MBSA juga telah memohon 5 laluan tambahan kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Selain itu, kekerapan perkhidmatan bas bandar juga telah ditingkatkan daripada 30 minit kepada 15minit semasa waktu puncak.