Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

152) PEMBANGUNAN BANDAR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah status perkembangan semasa pembangunan Antara Gapi setakat ini ?

    Sehingga kini projek-projek yang telah siap dan diduduki di Antara Gapi berjumlah
    1,180 unit masing-masing di Seksyen 1 (902 unit), Seksyen 2A (182 unit) dan
    Seksyen 2B (96 unit). Jumlah penduduk yang menetap pula dianggarkan hampir
    4,500 orang. Komponen pembangunan Antara Gapi telah dirancang sebagai
    kawasan kediaman seperti berikut :-
    Bil. Seksyen Luas Jenis Pembangunan
    (ekar)
    __________________________________________________

    1. 1 261.80 Perumahan/Institusi
    2. 2 228.10 Perumahan/Institusi
    3. 3 128.50 Pusat Bandar/Perumahan
    4. 4 109.40 Perumahan/Institusi
    5. 5 107.00 Perumahan/Institusi
    6. 6 162.77 Perumahan/Institusi
    __________________________________________________
    JUMLAH 952.57
    __________________________________________________

    Projek sediada yang sedang dalam jualan ialah :-
    Bil. Nama Projek Unit Harga (RM) Telah Jual Baki
    _______________________________________________________________
    1. Rumah Teres 1 Tingkat 79 Dari 109,800 54 25
    Fasa 1E, Seksyen 1
    2. Banglo 1 Tingkat, 14 Dari 293,800 13 1
    Seksyen 2A
    3. Rumah Kedai 2 Tingkat 18 Dari 220,800 10 8
    4. Rumah Link 2 Tingkat 139 Dari 179,000 38 101
    Seksyen 5
    5. Lot Banglo, Seksyen 1 90 9.00 skp 57 33
    _______________________________________________________________
    JUMLAH 340 172 168
    _______________________________________________________________
    Projek-projek akan datang yang sedang dalam pembinaan adalah seperti berikut :-
    Bil. Nama Projek Unit Lokasi Projek Mula
    ________________________________________________________________
    1. Rumah Link 2 Tingkat 64 Seksyen 2B 2010
    2. Rumah Link 2 Tingkat 128 Seksyen 5 2010
    Fasa 2
    3. Kedai Pejabat 2 Tingkat 30 Seksyen 1A 2010
    4. Banglo 1 Tingkat 22 Seksyen 2A 2011
    ________________________________________________________________
    JUMLAH 244
    _____________________________________

  2. Apakah strategi PKNS di bawah pengurusan baru memacu pembangunan Antara Gapi bagi manfaat penduduk Hulu Selangor ?

    Antara strategi PKNS memacu pembangunan Antara Gapi bagi manafaat
    penduduk Hulu Selangor adalah seperti berikut :-
    i. Meneruskan pembangunan kediaman selesa dan moden yang mampu
    dimiliki.
    Walaupun kos binaan masakini sudah meningkat kira-kira 30%, PKNS masih
    mengekalkan harga lama untuk semua kediaman terbabit yang bermakna
    pembeli buka saja menikmati penjimatan harga tetapi juga dari segi bayaran
    faedah pinjaman kerana kediaman berkenaan adalah di tahap kemajuan
    pembinaan hampir atau sudah sedia diduduki.
    ii. Menyediakan kemudahan infrastruktur bagi penduduk di Antara Gapi dan
    kawasan sekitar.
    Bagi memenuhi keperluan masyarakat di Antara Gapi, pelbagai kemudahan
    telah disediakan antaranya ialah sekolah, surau, taman permainan dan
    kedai/pejabat yang terletak di Seksyen 1. Di samping itu, PKNS telah
    menyediakan kemudahan pengangkutan van awam kepada penduduk Antara
    Gapi untuk ke stesen komuter yang terdekat di Serendah mengikut jadual
    setiap jam. Faktor keselamatan juga dititikberatkan yang mana pengawal
    keselamatan 24 jam bertugas mengawasi pintu masuk utama Antara Gapi
    setiap hari.
    Rangkaian perhubungan sangat penting bagi sesebuah bandar baru. Sehubungan
    itu, cadangan projek penyambungan jalan sepanjang 2.4 kilometer yang
    menghubungkan Antara Gapi ke Jalan Sungai Tua sebagai jalan alternatif telah
    diluluskan dan akan dibina dalam masa terdekat. Apabila siap, jalan ini akan
    memberi manfaat kepada penduduk Antara Gapi dan kawasan sekitar dari segi
    memudahkan perjalanan seterusnya dapat meningkatkan lagi nilai hartanah di
    kawasan tersebut.
    Dengan kewujudan rangkaian jalan yang strategik dan perancangan pembangunan
    untuk menjadikan sebahagian Antara Gapi sebagai kawasan rekreasi dan resort
    yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan moden dilihat akan dapat menjadi
    pemangkin yang membantu menonjolkan lagi nama Antara Gapi sebagai pusat
    pertumbuhan baru PKNS di Hulu Selangor yang kondusif untuk didiami.

  3. Adakah anak syarikat kerajaan berperanan untuk membangunkan bandar-bandar lama seperti Kuala Kubu Bharu, Ulu Yam dan Batang Kali di Hulu Selangor ?

    Buat masa ini, PKNS masih menumpukan aktiviti pembangunan kawasan baru
    seperti Antara Gapi dan Bernam Jaya di Hulu Selangor. Walau bagaimanapun
    Syarikat Anak PKNS seperti Ligamas Sdn. Bhd. telah dipertanggungjawabkan untuk
    membangunkan Batang Kali.

Lampiran

Tiada Lampiran.