Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
155) PEMBANGUNAN BANDAR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status projek pembangunan semula kawasan bandar ini dan berapakah nilai pelaburan yang telah dapat dijana ?
Projek Pembaharuan Bandar telah dimulakan di Ampang Jaya dengan pengumuman projek Datum Jelatek oleh PKNS dengan nilai pembangunan sebanyak RM1.2 bilion. PKNS telah mengambil pendekatan membangunkan semula flat-flat kos rendah PKNS yang lama untuk dijadikan perumahan kos sederhana dan tinggi. Projek ini dijangka akan menjadi rangsangan atau ‘stimulus’ kepada pembangunan Pusat Bandar Keramat.
Selain itu, Seksyen 52, Petaling Jaya juga sudah dikenal pasti untuk dibangunkan untuk menjadi Pusat Bandar Petaling Jaya. Projek ini masih di dalam peringkat kajian dan perancangan untuk memastikan pembangunan yang terancang dan mampan dapat dilaksanakan, terutamanya untuk menyelesaikan masalah trafik di kawasan tersebut yang sangat genting.