Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
226) PEMBANGUNAN BAKAT DAN KEBOLEHAN GENERASI MUDA (TALENT DEVELOPMENT)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah peserta yang berjaya dilatih dan ditempatkan dalam industri melalui program pembangunan bakat yang diadakan bersama Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC).
Bermula tahun 1992, Selangor Human Resources Development Centre (SHRDC) telah melatih lebih dari 54,000 peserta di dalam pelbagai Dalam memastikan tahap kebolehpasaran pekerjaan meningkat di kalangan modal insan, SHRDC mengadakan program pembangunan bakat terutamanya bagi lepasan sekolah, lepasan graduan serta pekerja industri sendiri. Tahap penerapan pekerjaan bagi peserta program-program ini mencapai sehingga 95-100%. Antara program yang dilaksanakan adalah :
Bil Program Tempoh masa / Bidang i. Program Industri jangka pendek, – 1 hari ke 10 hari – mechatronic, semiconductor, ICT dan lain-lain
ii. Program Industri jangka panjang – pembangunan bakat bagi warga industri, terutama dalam bidang mechatronic, antara kejayaan program ini ialah membangunkan bakat warga Bil Program Tempoh masa / Bidang kerja Texas Instrument Malaysia dari operator dan technician, mendapatkan ijazah dalam Bachelor of Technology
iii. Program lepasan sekolah
– pembangunan bakat lepasan SPM dalam bidang mechatronic dan solar
iv. Program graduan – pembangunan bakat dalam bidang ICT, semiconductor, footwear, mechatronic dan lain lain.
Pada tahun 2015 Kerajaan Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama SHRDC akan melaksanakan program pembangunan bakat dan memberi fokus kepada pelajar lepasan sekolah. Manakala program peningkatan kemahiran industri dilaksanakan semasa pembelajaran di universiti dan kolej.
Peringkat permulaan seramai 60 pelajar lepasan sekolah, 140 graduan universiti akan menjadi benefisiari kepada program ini. Antara syarikat yang akan terlibat di dalam program-program ini ialah Omron, Sipro, Hartalega, IBM, HIS, DELL dan lain-lain.
-
Apakah agensi yang terlibat dalam Program Pembangunan Bakat anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan sasaran peserta yang ditetapkan?
Agensi yang terlibat dalam program ini adalah terdiri dari pelbagai industri dari Multi National Company (MNC) hingga ke Small Medium Entreprise (SME) seperti Renesas Semiconductor, Freescale Malaysia, Omron Malaysia, Hartalega Sdn Bhd, IBM, CIMB, Spansion, Malaysian Footwear Manufacturing Association dan lain-lain.
Sasaran peserta terdiri dari pelbagai tahap iaitu pekerja tidak mahir sehinggalah kepada pengurusan professional.