Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

126) PEMBANGUNAN BAIK PULIH SURAU

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan surau di kawasan DUN Jeram tidak terurus dengan baik. Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi mengupayakan surau terutama bagi surau yang berada dikawasan taman dan apartmen lama?

    Sehingga 30 Jun 2022 terdapat 2111 buah surau berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dari jumlah tersebut sebanyak 155 buah surau adalah terletak di Daerah Kuala Selangor dengan 29 daripadanya adalah terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Jeram.

    Kerajaan Negeri Selangor hanya menyediakan peruntukkan yang amat terhad bagi bagi tujuan peyelenggaraan semua surau. Bajet yang terhad ini tidak mampu menampung keperluan penyelenggaraan semua surau berdaftar di Negeri Selangor termasuk di DUN Jeram.

    Surau yang terletak di kawasan apartment tidak termasuk dalam surau yang boleh dibaikpulih oleh pihak JAIS disebabkan jabatan ini tidak mempunyai kawalan terhadap bangunan surau berkenaan yang terletak sepenuhnya dibawah kawal selia Joint Management Body.

  2. Berapakah peruntukan yang telah disediakan bagi tahun 2022?

    Untuk seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak RM 500,000.00. Berbanding dengan jumlah surau yang banyak, maka sistem meritokrasi dikuatkuasakan di JAIS melalui Rancangan Baikpulih dan Penyelenggaraan Jabatan (RBPJ) tiga tahun yang antaranya menekankan soal-soal keselamatan bangunan melibatkan struktur dan pendawaian elektrik, keperluan asas jemaah untuk beribadah dan kerosakan-kerosakan jika tidak dibaiki dengan segera akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat menampung keseluruhan keperluan surau di seluruh Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.