Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

188) PEMBANGUNAN ASNAF ZAKAT

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program untuk pembangunan diri para asnaf zakat?

     

    Bantuan zakat di LZS disalurkan melalui lima program pembangunan asnaf iaitu Program Pembangunan Sosial, Program Pembangunan Pendidikan, Program Pembangunan Ekonomi, Program Pembangunan Insan dan Program Institusi Agama. Daripada limaprogram tersebut, empat daripadanya dirangka bertujuan untuk pembangunan diri paraasnaf zakat seterusnya mengeluarkan mereka daripada kategori asnaf iaitu:

     

    Program Pembangunan Sosial: Merupakan mekanisme bagi menjamin kehidupan berkualiti asnaf. Ia meliputi aspek perlindungan atau perumahan, keperluan hidup,kebajikan ummah secara umum. Antara bantuan yang diberikan adalah bantuan makanan bulanan, bantuan baik pulih dan bina rumah, bantuan perubatan dan sebagainya, mengikut kelayakan yang

     

    Program Pembangunan Ekonomi: LZS menjadikan program ini sebagai salah satu jalan keluar bagi menangani kemiskinan. Ia ibarat memberi ‘pancing’ kepada asnaf. Bantuan ini disediakan dalam bentuk bantuan modal dan peralatan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf yang berpotensi menjadi usahawan. Sehingga kini,ramai usahawan asnaf telah dilahirkan hasil daripada bantuan program tersebut. Malah ada di antara mereka menjadi pembayar zakat. Pada tahun 2013, seramai250 orang penerima telah keluar daripada kategori asnaf hasil daripada bantuan ekonomi.

     

    Program Pembangunan Pendidikan: Ia merupakan program yang membantu asnaf untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Melalui

     

    program ini, LZS membentuk anak-anak asnaf sebagai generasi kedua, generasi cemerlang yang mampu membawa keluarga keluar daripada kemiskinan melalui pembiayaan pendidikan bermula dari peringkat pra persekolahan hinggalah ke IPTA/IPTS terpilih. Pada tahun 2013, seramai 42,290 orang anak-anak asnaf mendapat bantuan pendidikan dari LZS, melibatkan mereka yang di sekolah rendah dan menengah serta IPT.

     

    Program Pembangunan Insan: Ia dirangka demi membangunkan aspek spiritualasnaf. Ia meliputi aspek motivasi, sikap dan kekeluargaan dengan penekanan menerusi kursus-kursus kerohanian, tahsinul ibadah, tahsinul qiraat, kursus keibubapaan dan

     

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan bagi program ini tahun 2013 dan 2014?

    Jumlah peruntukan zakat mengikut program pembangunan adalah seperti berikut:

     

    AGIHAN ZAKAT MENGIKUT PROGRAM BAGI TAHUN 2013 & JAN-APRIL 2014

     

    Agihan Mengikut Program 2013 2014

    *Jan-April

    Jumlah (RM)
    Pembangunan Sosial 214,194,121 129,236,565
    Pembangunan Pendidikan 124,192,950 68,790,980
    Pembangunan Insan 21,778,797 8,869,185
    Pembangunan Ekonomi 17,305,157 5,592,703
    Pembangunan Institusi Agama 21,338,642 5,770,651

     

    *Nota: Data bagi tahun Jan-April 2014 Laporan Pengurusan adalah belum diaudit.

  3. Nyatakan jumlah dan kategori asnaf zakat terlibat mengikut DUN?

Lampiran

Tiada Lampiran.