Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
104) PEMBANGUNAN AMPANG LOOK OUT POINT (ALOP)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan projek untuk membangunkan semula ALOP?
Keputusan MMKN ke-13/2022 pada 18 Mei 2022 telah bersetuju melantik Pearl Holiday (M) Travel Tour Sdn. Bhd sebagai pemaju dan pengoperasian untuk pembangunan ALOP sebagai Pusat Kecemerlangan Hutan Negeri Selangor. Justeru, proses penyediaan perjanjian di antara kerajaan negeri dan syarikat pemaju sedang dilaksanakan.
-
Adakah Jawatankuasa Penilaian Request For Proposal (RFP) telah pengurus projek yang akan bertanggungjawab menguruskan tender secara RFP?
RFP telah selesai, MBI bertanggungjawab dalam mengurus tender secara RFP.