Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
16) PEMBANGUNAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah pembangunan sedia ada di negeri Selangor mematuhi kepada Rancangan Fizikal Negara (National Physical Plan)?
Menurut Subseksyen 2(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memperuntukkan “Rancangan Pemajuan” berhubung dengan sesuatu kawasan. Rancangan Pemajuan di Malaysia terdapat 4 Hierarki seperti berikut
Rancangan Fizikal Negara (RFN) disediakan di bawah Seksyen 6B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta172). RFN merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. RFN telah menggariskan 36 dasar dan 194 langkah yang digubal bagi memastikan Rangka Pembangunan Negara tercapai.
Perancangan pembangunan di Negeri Selangor adalah selari dengan dasar-dasar strategik RFN dan telah diterjemahkan di dalam dasar-dasar strategik RSN Selangor 2020. RSN Selangor 2020 telah dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Ke 15 / 2008 pada 18 Jun 2008. Seterusnya telah dibincangkan di dalam Retreat Exco Hala tuju Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor 2025 pada 2930 Julai 2008.
Laporan Hala tuju Perancangan dan Pembangunan Negeri Selangor 2025 telah dibentangkan dan diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor Ke 12 pada Mac 2009 sebahagian besar kandungannya adalah daripada dasar-dasar strategik Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020. RSN Selangor 2020 telah diwartakan pada 14 Jun 2007 No. Warta 1541 merupakan satu dokumen perancangan yang memandu dan mengawal pembangunan fizikal di seluruh Negeri Selangor sehingga tahun 2020. RSN Selangor 2020 disediakan mengikut Seksyen 7-11A, Akta 172 telah menterjemah dan memperincikan dasar-dasar strategik RFN (Sila Rujuk Lampiran 1).
Terdapat 104 dasar di dalam RSN Selangor 2020 seterusnya akan di terjemah dan diperincikan dalam bentuk pelan cadangan pemajuan dan penggunaan tanah di dalam Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Terdapat 12 Rancangan Tempatan dan satu Rancangan Kawasan Khas telah diwartakan di Negeri Selangor. Manakala 9 Draf Rancangan Tempatan dan 3 Rancangan Kawasan Khas di dalam peringkat penyediaan ke semuanya telah mengambil kira dan menterjemahkan dasardasar Rancangan Fizikal Negara dan RSN Selangor 2020 (Sila Rujuk Lampiran 2).
PEWARTAAN RANCANGAN PEMAJUAN DI NEGERI SELANGOR
Nama Kajian Tarikh Persetujuan
JPN
Tarikh Persetujuan
MMKN
No. Warta Dalam
Sel.G.N
Tarikh Warta Notis Pewartaan
( Utusan
Malaysia & NST)
Rancangan Struktur Negeri
1. Rancangan Struktur Negeri Selangor 2020
25.1.2007
25.4.2007
No. 1541
14.6.2007
15.6.2007
Rancangan Tempatan
1. Pengubahan (1) Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1
2. Rancangan Tempatan Kajang
3. Rancangan Tempatan Cheras
4. Rancangan Tempatan Kuala Selangor Bandar Warisan Alam
5. Rancangan Tempatan Banting-Telok Datok
6. Rancangan Tempatan Daerah Sabak Bernam
7. Rancangan Tempatan Serendah-Hulu Yam
8. Rancangan Tempatan Rawang-Kuang
9. Rancangan Tempatan Morib-Tanjung Sepat
7.5.2007
29.9.2005
29.9.2005
25.1.2007
25.1.2007
7.5.2007
29.9.2005
8.6.2006
7.5.2007
16.5.2007
25.4.2007
25.4.2007
25.4.2007
25.4.2007
30.5.2007
30.5.2007
30.5.2007
30.5.2007
No. 1542
No. 1543
No. 1544
No. 1545
No. 1546
No. 1672
No. 1673
No. 1674
No. 1675
14.6.2007
14.6.2007
14.6.2007
14.6.2007
14.6.2007
21.6.2007
21.6.2007
21.6.2007
21.6.2007
15.6.2007
15.6.2007
15.6.2007
15.6.2007
15.6.2007
22.6.2007
22.6.2007
22.6.2007
22.6.2007
10. Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor
11. Rancangan Tempatan Bangi-Semenyih-Beranang
12. Rancangan Tempatan Daerah Klang
7.5.2007
7.5.2007
30.7.2007
6.6.2007
6.6.2007
16.1.2008
No. 1676
No. 1677
No. 1475
21.6.2007
21.6.2007
5.6.2008
22.6.2007
22.6.2007
30.4.2009
Rancangan Kawasan Khas
1. Rancangan Kawasan Khas Bestari Jaya (2004-2040)
16.12.2004
25.4.2007
No. 1547
14.6.2007
15.6.2007
LAMPIRAN 2
STATUS KEMAJUAN RANCANGAN PEMAJUAN YANG SEDANG DISEDIAKAN
BIL. PERKARA KEMAJUAN RANCANGAN TEMPATAN 1. DRT Daerah Sepang Kertas MMKN untuk persetujuan pewartaan telah dikemukakan kepada urusetia pada 16.6.2009 dan telah dibentangkan di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 17.6.2009. 2. DRT Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam telah diadakan pada 2.3.2009, 23.3.2009 dan 30.3.2009. Di peringkat menyediakan Laporan Jawatankuasa Siasatan untuk diangkat ke JPNS bagi persetujuan pewartaan. 3. DRT Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam dijangka akan bersidang pada bulan Julai 2009. 4. DRT Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam telah diadakan pada 15.62009 dan 22.6.2009. Di peringkat menyediakan Laporan Jawatankuasa Siasatan untuk diangkat ke JPNS bagi persetujuan pewartaan. 5. DRT Daerah Kuala Langat JPN Bil 3/2009 pada 16 Jun 2009 telah meluluskan laporan DRT untuk program publisiti dan penyertaan awam. 6. DRT Majlis Perbandaran Selayang JPN Bil 3/2009 pada 16 Jun 2009 telah meluluskan laporan DRT untuk program publisiti dan penyertaan awam. 7. DRT Majlis Perbandaran Ampang Jaya JPN Bil 3/2009 pada 16 Jun 2009 telah meluluskan laporan DRT untuk program publisiti dan penyertaan awam. 8. DRT Majlis Perbandaran Kajang JPN Bil 3/2009 pada 16 Jun 2009 telah meluluskan laporan DRT untuk program publisiti dan penyertaan awam. 9. DRT Daerah Hulu Selangor JPN Bil 3/2009 pada 16 Jun 2009 telah meluluskan laporan DRT untuk program publisiti dan penyertaan awam. LAMPIRAN 2
BIL. PERKARA KEMAJUAN RANCANGAN KAWASAN KHAS 1. RKK Bandar Pelabuhan Klang Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam telah diadakan pada 25 Mei 2009. Di peringkat proses untuk diangkat ke JPNS untuk persetujuan pewartaan. 2. RKK Bandar Kuala Kubu Bharu (MDHS) Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran Awam telah diadakan pada 1 Jun 2009. Di peringkat proses untuk diangkat ke JPNS untuk persetujuan pewartaan. 3. RKK Kampung Sungai Pusu (MP Selayang) Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal telah meluluskan dengan pindaan Laporan DRT pada 12.5.2009. Di peringkat pindaan laporan sebelum kelulusan untuk publisiti dan penyertaan awam. -
Kalau tidak, apakah tindakan yang akan diambil untuk mematuhi pelan tersebut?
Rancangan Fizikal Negara akan dikaji semula oleh JPBD Semenanjung Malaysia selaras dengan perkembangan semasa Dasar-dasar Strategik di peringkat Negara. Sehubungan itu, RSN Selangor 2020 akan disemak semula selaras dengan dasar-dasar Kerajaan Negeri Selangor pada awal Rancangan Malaysia Ke 10.