Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

278) PEMBAKARAN TERBUKA DAN PELEPASAN ASAP KILANG-KILANG YANG TIDAK TERKAWAL

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka di kawasan lapang dan pelepasan asap kilang-kilang yang tidak terkawal di daerah Klang terutamanya yang berlaku pada waktu malam?

    Majlis Perbandaran Klang melaksanakan tindakan pemantauan dari masa ke semasa bagi mengatasi masalah pembakaran terbuka di kawasan lapang dan pelepasan asap kilang-kilang seperti menetapkan syarat kepada pemohon lesen untuk mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar berkaitan aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, pihak Majlis juga kerap menjalankan pemantauan di Kampung Johan Setia kerana kekerapan berlakunya kebakaran terbuka di kawasan tersebut.

    Pihak Majlis juga telah membuat pemasangan CCTV bagi tujuan pemantauan di lokasi ‘hot spot’ kejadian pembakaran terbuka.

    Setakat ini, tindakan bagi pelepasan asap kilang-kilang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekitar 1980 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling Udara Bersih Tahun 2014. Sekiranya didapati kilang-kilang tersebut dikenakan tindakan oleh pihak JAS, pihak MPK boleh membatalkan lesen kilang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.