Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
273) PEMBAKARAN SAMPAH HARAM & TERBUKA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kes pembakaran sampah haram & pembakaran terbuka khasnya di DUN Semenyih yang dikesan dan telah diambil tindakan oleh pihak kerajaan Selangor semenjak 2023?
Sebanyak 36 aduan telah diterima berkaitan pembakaran terbukadi sekitar semenyih sejak tahun 2023 dan sebanyak 22 kompaun telah dikeluarkan dan selebihnya merupakan kes kebakaran di tempat yang terpencil dan pelaku tidak dapat dikenal pasti.