Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

134) PEMBAKARAN HARAM DI SUBANG INDAH

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah aduan yang diterima terhadap pembakaran sampah haram di sekitar kawasan Persiaran Subang Indah yang berhampiran dengan tebing sungai Klang

    Aduan pembakaran sampah haram yang dimaksudkan adalah di Taman Perindustrian Puchong 5 (TPP 5) iaitu di seberang Sungai Klang. Aduan yang diterima di kawasan tersebut bermula Januari sehingga Oktober 2016 adalah sebanyak 5 aduan.

  2. Mengapakah kegiatan pembakaran haram masih berterusan di kawasan tersebut?

    Setakat 13 Oktober 2016 tiada lagi aduan pembakaran yang diterima dan tiada lagi berlaku aktiviti pembakaran terbuka.

  3. Apakah tindakan tegas yang akan diambil?

    Sebanyak sebuah lori telah disita dan 1 kompaun telah dikeluarkan di atas kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan oleh Majlis. Kerja-kerja pembersihan telah mula dijalankan di sepanjang kawasan bermasalah pada 18 Ogos 2016 sehingga sekarang. Setakat ini kerja-kerja pembersihan telah dijalankan sepanjang 500 meter daripada 900 meter keseluruhannya. Operasi pacak juga mula dijalankan pada 18 Ogos 2016 sehingga kini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.