Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
100) PEMBAIKPULIHAN LIF-LIF ROSAK DI PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak wang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk memperbaiki lif-lif yang rosak di pangsapuri kos rendah?
Untuk tahun 2010 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan bajet khas sebanyak RM1,530,000.00 (Ringgit Malaysia : Satu Juta Lima Ratus Tiga Puluh Ribu Sahaja) melalui Program Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor untuk membaikpulih lif-lif di pangsapuri kos rendah. Walaubagaimanapun, setelah kerja-kerja baikpulih lif dilaksanakan di 3 kawasan pemajuan terpilih melibatkan 41 unit lif, kos yang terlibat adalah sejumlah RM1,637,300.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Enam ratus Tiga Puluh Tujuh Ribu Tiga Ratus sahaja).
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM118,805.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lapan Belas Ribu Lapan Ratus Lima Sahaja) untuk menampung kos sebenar baikpulih lif dan lain-lain kos luar jangka yang berkaitan. Oleh demikian, peruntukan baru bagi membaikpulih lif adalah berjumlah RM1,648,805.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Enam Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Lapan Ratus Lima Sahaja).
-
Sila senaraikan lif-lif pangsapuri kos rendah yang telah dibaikpulih oleh kerajaan Selangor
Senarai lif-lif pangsapuri kos rendah yang telah dibaikpulih lif-lif oleh Kerajaan Selangor seperti berikut:
BIL. KAWASAN PANGSAPURI BILANGAN LIF AMAUN (RM) 1. Desa Mentari Petaling Jaya 27 RM557,300.00 2. Taman Permai Indah, Klang 8 RM600,000.00 3. Taman Ampang Mewah 6 RM480,000.00 JUMLAH 41 RM1,637,300.00