Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
227) PEMBAIKAN PUSAT REKREASI BUKIT RAMLI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membaiki semula insfrastruktur di Bukit Ramli yang dulu pernah menjadi pusat aktiviti sukan ekstrem yang terkenal di Selangor?
Untuk makluman, Bukit Ramlee, Seksyen U15 adalah kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Walau bagaimanapun, kawasan tersebut merupakan kawasan hak milik persendirian yang mana kerja-kerja membaiki semula infrastruktur adalah diluar bidang kuasa MBSA. Sebarang perancangan aktiviti yang hendak dijalankan di kawasan tersebut perlu mendapat kelulusan Kebenaran Merancang terlebih dahulu daripada pihak MBSA.