Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

128) PEMBAIKAN KEMUDAHAN SUKAN DI DUN MERU

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan pembaikan infrastruktur kemudahan sukan di gelanggang futsal Kampung Budiman?

    Pejabat Daerah/Tanah Klang telah menjalankan siasatan dan mendapati padang futsal yang dimaksudkan berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah/Tanah Petaling. Pemakluman dan penyerahan telah dibuat kepada Pejabat Daerah/Tanah Petaling. Walau bagaimanapun, Pejabat Daerah/Tanah Petaling telah memohon agar kerja-kerja pembaikan tersebut ditangguhkan untuk dilaksanakan pada tahun 2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.