Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

55) PEMBAIKAN JALAN SUNGAI KAPAR INDAH

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah jalan ini akan diperbaiki dan dibuka ke semua lorong kerana kawasan industri Taman Sungai Kapar Indah yg berdekatan makin banyak telah beroperasi?

    Pada ketika ini, kemudahan infrastruktur jalan raya di Kawasan Perindustrian Taman Sungai Kapar Indah masih di bawah penyelenggaraan oleh 2 pihak pemaju iaitu Tetuan New Estate Sdn. Bhd. dan Tetuan Cekal Unggul.

     

    Pihak majlis telah mengarahkan pihak pemaju yang berkaitan untuk menyelenggara dan membaiki kerosakan jalan dengan jangkaan penyiapan dan kemajuan kerja seperti berikut:-

     

    1. bagi kawasan pembangunan Tetuan oleh New Estate Sdn. Bhd., Kerja-kerja pembaikan sedang berjalan sebanyak 78% dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan Mac 2023.
    2. Manakala bagi kawasan pembangunan oleh Tetuan Cekal Unggul, Kerja-kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka siap pada bulan Jun 2023.

    Di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Majlis Perbandaran Klang Bil.1/2023 yang telah bersidang pada 14 Februari 2023, mengesyorkan agar pengambilalihan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan parit di kawasan perindustrian tersebut diambil secara berperingkat dengan syarat pihak pemaju membuat pembaikan ke atas jalan-jalan di kawasan tersebut sebelum diserahkan kepada Majlis dan dibuka kepada orang awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.