Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

67) PEMBAIKAN JALAN-JALAN KAMPUNG

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan pembaikan jalan-jalan kampung yang disediakan di setiap Daerah di Negeri Selangor.

    Lazimnya, Kerajaan Negeri tidak menyediakan sejumlah peruntukan khusus bagi tujuan penyediaan serta penyelenggaraan kemudahan asas kepada setiap daerah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan secara menyeluruh kepada semua sembilan (9) daerah di Negeri Selangor berdasarkan keperluan dan juga tahap kritikal sesuatu kawasan.

    Sejak tahun 2008 hingga 2011, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bagi tujuan membaik pulih/membina baru/menaiktaraf kemudahan infra di kawasan luar bandar berjumlah RM 41,516,286.55 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Satu Juta Lima Ratus Enam Belas Ribu Dua Ratus Lapan Puluh Enam dan Sen Lima Puluh Lima Sahaja). Pelaksanaan projek-projek tersebut berdasarkan permohonan yang telah dikemukakan sama ada daripada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), aduan penduduk serta pemantauan yang dibuat sendiri oleh Pejabat Daerah dan ianya dirujuk kepada Ahli Dewan Negeri di kawasan berkaitan. Pemilihan projek-projek tersebut adalah berdasarkan keperluan dan tahap kritikal sesuatu kawasan.

    Daripada peruntukan ini, sejumlah RM13,503,196.52 (Ringgit Malaysia: Tiga

    Belas Juta Lima Ratus Tiga Ribu Satu Ratus Sembilan Puluh Enam dan Sen Lima Puluh Dua Sahaja) telah dibelanjakan bagi tujuan pelaksanaan 690 buah projek pembinaan/pembaikan jalan-jalan kampung di seluruh daerah di Negeri Selangor. Agihan peruntukan pembaikan jalan-jalan kampung mengikut daerah di Negeri Selangor bagi tahun 2008 hingga 2011 adalah seperti di LAMPIRAN A.

  2. Bagaimanakah perlaksanaan kerja-kerja tersebut di jalankan secara undian atau sebut harga

    Pelaksanaan kerja-kerja pembaikan jalan bagi daerah di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2011 dijalankan berdasarkan Surat Pekeliling

    Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2009 dan Arahan Perbendaharaan (AP)

    (Perenggan 180.2) mengikut kos-kos yang telah ditetapkan seperti berikut: a) Nilai kerja di bawah RM20,000.00:

    Pelantikan boleh dibuat secara lantikan terus oleh Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal dikalangan kontraktor tempatan Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) .

    1. b) Nilai kerja melebihi RM20,000.00 hingga RM200,000.00:

    Pelantikan dibuat secara sebut harga di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) kontraktor Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

    Walaupun pelantikan secara terus dibolehkan bagi kerja-kerja tidak melebihi RM20,000.00, kaedah sebut harga tetap diberikan keutamaan bagi menjamin kualiti kerja serta harga yang kompetitif berdasarkan prinsipvalue for money.

    LAMPIRAN A

    SENARAI PROJEK-PROJEK KECIL BAGI DAERAH-DAERAH DI NEGERI SELANGOR TAHUN 2008 – 2011

    (PENYELENGGARAAN JALAN KAMPUNG)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.