Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
61) PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN MASJID ATAU SURAU DI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah tempoh pemprosesan Kerajaan meluluskan permohonan peruntukan pembaikan Masjid / Surau di Selangor?
Tempoh proses kelulusan untuk permohonan peruntukan pembaikan masjid dan surau bergantung kepada sesebuah bangunan. Proses penilaian kerosakan dan anggaran kos perlu dilakukan sebelum kerja-kerja baikpulih boleh dilaksanakan. Walau bagaimana pun, kelulusan ini adalah tertakluk kepada keutamaan dan peruntukkan sedia ada.
-
Berapakah jumlah peruntukan maksimum yang boleh diberikan oleh Kerajaan Selangor untuk pembaikan atau penyelenggaraan Masjid/ Surau?
Kos baikpulih bagi masjid dan surau diperuntukan dibawah VOT P14-03001 dan P1404001. Pada tahun 2017 sejumlah RM7,062,498.43 diperuntukkan bagi masjid. Manakala RM900,000.00 pula bagi Surau. Had peruntukkan tersebut adalah bergantung kepada tahap kerosakan setiap bangunan terbabit.