Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
170) PEMBAIKAN DAN PENAMBAHBAIKAN JALAN RAYA DI BESTARI JAYA – KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang menaiktaraf Jalan B35 (Bukit Badong-Bestari Jaya) sebagai jalan industri?
Kerajaan Negeri melalui pihak JKR Selangor tiada sebarang perancangan dan cadangan untuk menaiktaraf Jalan B35 (Bukit Badong-Bestari Jaya) sebagai jalan industri.
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan Jalan B35 ini berada dalam keadaan yang baik dan selamat kerana jalan ini menjadi laluan utama lori yang melebihi ketahanan jalan?
Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri melalui pihak JKR Selangor bagi memastikan Jalan B35 berada dalam keadaan baik dan selamat adalah seperti berikut:
- Sebahagian jalan telah dimasukkan dalam senarai kerja penyelenggaraan MARRIS bagi tahun 2024 (Sebutharga, Arahan Kerja, Turapan Mega).
- JKR Daerah Kuala Selangor juga telah mengeluarkan surat secara berkala pada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ untuk tindakan lebih lanjut yang melibatkan kenderaan lebih muatan.