Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
300) PEMBAIKAN CERUN DAN IMPLIKASI KEWANGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status kerja-kerja pembaikan cerun akibat tanah runtuh di Bukit Peras, Hulu Langat dan sekitar Father's Farm, Batang Kali yang meragut nyawa beberapa pengunjung di kawasan perkelahan? Apakah rasional Kerajaan Negeri menawarkan kedua-dua projek ini secara direct nego kepada syarikat yang sama dengan nilai projek sebanyak RM50 juta?
Berikut adalah maklumat projek dan status kerja di Bukit Peras, Hulu Langat dan Fathers Farm, Batang Kali:
Nama Projek Cadangan Kerja Pembaikan Cerun dan Jalan di Laluan B32 Jalan Bukit Peras – Kuala Klawang Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan di bawah Program Pemulihan Infrastruktur Pasca Banjir (Reka dan Bina)
Pegawai Penguasa Pengarah JKR Selangor
Wakil Pegawai Penguasa Jurutera Awam Penguasa (Jalan)
Nama Kontraktor Pintas Utama Sdn.Bhd
Harga Kontrak RM31,200,00.00
Tarikh Sst 28 Julai 2022
Tarikh Mula 16 Ogos 2022
Tarikh Siap 15 Februari 2024
Tempoh Kontrak 18 Bulan
% Jadual 82.98%
% Sebenar 92.25%
Nama Projek Kerja-Kerja Pembaikan Cerun Menggunakan Kaedah Terralink Wall System Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Laluan B66 Seksyen 14.0 Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor, Selangor
Pegawai Penguasa Pengarah JKR Selangor
Wakil Pegawai Penguasa Jurutera Daerah Hulu Selangor
Nama Kontraktor Pintas Utama Sdn.Bhd
Harga Kontrak Rm 19,000,000.00
Tarikh Sst 28 April 2023
Tarikh Mula 29 May 2023
Tarikh Siap 29 Mac 2024
Tempoh Kontrak 10 Bulan
% Jadual 52.82%
% Sebenar 49.93%
Justifikasi lantikan pihak kontraktor adalah seperti berikut:
- Pihak kontraktor sedang melaksanakan Projek Penyelenggaraan Cerun Di Jalan Persekutuan Dan Jalan Negeri Di Semenanjung Malaysia (Reka Dan Bina) di bawah Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR Malaysia dari tahun 2017 hingga 2028.
- Pemilihan syarikat kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut adalah atas dasar pengalaman syarikat berkenaan yang telah melaksanakan lebih 1200 kerja-kerja pembaikan cerun yang melibatkan Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri sejak tahun 2018.
- Syarikat kontraktor turut mempunyai kemampuan teknikal dan kewangan yang mencukupi serta memperolehi penarafan penilaian Score CIDB 5 bintang.
- Pihak kontraktor bertanggungjawab atas rekabentuk dan pembinaan yang dilaksanakan dgn memberikan Design Guarantee Bond selama 5 tahun.