Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
122) PEMBABITAN PKPS DALAM AKTIVITI PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor terlibat di dalam sebarang aktiviti berkait penternakan dan perikanan?
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor telah terlibat secara langsung dengan projek berkaitan dengan penternakan dan perikanan seperti ternakan lembu dan kambing, lembu tenusu, ayam daging dan ternakan ikan air tawar di Daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
-
Apakah ada cadangan dan usaha berkaitan bagi kedua-dua aktiviti tersebut?
Antara cadangan dan usaha berkaitan bagi kedua-dua aktiviti adalah mengenalpasti beberapa kawasan tanah milik PKPS dan Kerajaan Negeri yang berpotensi untuk diusahakan sebagai projek penternakan dan perikanan.
Untuk makluman, PKPS sedang dalam fasa perancangan untuk membangunkan projek ternakan udang di Daerah Kuala Selangor yang dikenali sebagai Smart Selangor Agro Park atau SSAP@Kuala Selangor seluas 1, 200 ekar. Projek ini akan menempatkan kolam ternakan udang, pejabat pembangunan penyelidikan, pusat pembenihan dan pusat jualan dalam satu kawasan.
-
Sejauh manakah seriusnya Kerajaan Negeri dan PKPS untuk memajukan kedua-dua aktiviti berkenaan?
Kerajaan Negeri dan PKPS amat serius dalam memajukan sektor penternakan dan perikanan memandangkan kedua-dua industri ini adalah elemen terpenting dalam rantaian sekuriti makanan. Pada masa ini, PKPS sedang merancang untuk memperbanyakkan lagi projek berasaskan ternakan ayam dan ikan dengan mengenalpasti tanah-tanah yang bersesuaian dan mendapatkan sokongan daripada pihak swasta sebagai rakan usahasama strategik dalam membangunkan projek.
JAWAPAN TAMBAHAN
Senarai aktiviti bagi penternakan dan perikanan adalah seperti di bawah;