Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
130) PEMATUHAN SOP OLEH KILANG-KILANG
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan yang Kerajaan Negeri boleh lakukan kepada kilang-kilang yang masih lagi beroperasi walaupun ada ada kalangan pekerja mereka yang positif COVID-19 dan tidak dikuarantinkan?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa melaksanakan operasi bersepadu bersama PDRM dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan. Sekiranya berlaku kesalahan pelanggaran SOP MKN, tindakan akan diambil ke atas kilang berkenaan. Tindakan diambil mengikut bidang kuasa agensi masing-masing. PBT membantu di dalam menentukan status lesen premis kilang yang diperiksa sama ada mempunyai lesen perniagaan atau sebaliknya di bawah peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil (UUK) PBT berkaitan.
Pemeriksaan yang dijalankan meliputi perkara berikut:
i) Pemeriksaan mengenai maklumat bilangan pekerja yang dibenarkan datang bekerja tidak melebihi had yang dibenarkan seperti yang dinyatakan di dalam SOP MKN;
ii) Memeriksa dan memastikan setiap pekerja merekodkan kehadiran di dalam MySejahtera, merekodkan suhu badan serta memakai pelitup muka; dan
iii) memastikan tiada pekerja yang positif dan memakai gelang pesakit Covid 19 atau masih menjalani arahan kuarantin tetapi datang bekerja;
iv) Tindakan kompaun boleh dikenakan kepada pemilik kilang atau individu/pekerja berdasarkan peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada pihak-pihak yang melindungi pekerja PATI?
Seperti semua sedia maklum, tindakan penguatkuasaan terhadap pekerja asing/PATI di industri pekilangan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Semasa operasi bersepadu dilaksanakan, dokumen pekerja asing turut akan disemak oleh (JIM). Sekiranya, terdapat pemilik kilang yang disyaki melindungi PATI, aduan akan dibuat kepada JIM.