Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
265) PEMASANGAN SISTEM PEMBETUNGAN BARU
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri berpuas hati dengan tahap pemulihan jalanraya yang dikorek untuk pemasangan sistem pembetungan baru di Petaling Jaya?
Tertakluk pada Kerajaan negeri
-
Apakah langkah supaya penduduk Petaling Jaya tidak menderita dengan keadaan jalanraya yang teruk sehingga projek habis pada 2018?
Dari masa ke semasa pihak Majlis akan menjalankan pemantauan kerja-kerja yang dijalankan oleh pihak kontraktor bagi projek pemasangan sistem pembetungan. Mesyuarat, perbincangan dan lawatan tapak bersama akan diadakan dari masa ke semasa bersama pihak yang
Bagi kerja-kerja yang tidak mengikut spesifikasi dan prosedur yang ditetapkan, teguran, notis pembaikan akan dibuat atau dikeluarkan. Bagi kes yang kritikal tindakan “Notis Berhenti Kerja” akan dikeluarkan sehingga pembaikan dibuat selaras dengan kehendak Majlis.