Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

275) PEMASANGAN PAPAN TANDA IKLAN LUARAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana dasar dan pekeliling kerajaan Selangor berkenaan dengan pemasangan papan tanda iklan luaran atau outdoor advertising billboard telah dilaksana di kesemua PBT di Selangor dan berapa pula hasil yang dikutip oleh setiap PBT pada tahun 2016

    Kerajaan Negeri telah menguatkuasakan Pekeliling Setiausaha  Kerajaan Negeri Selangor (PBT) Bil.1/2016 berhubung Garis Panduan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Papan Iklan Di Luar Fasad Bangunan Negeri Selangor untuk pemakaian seragam di semua PBT, dan merancang untuk menguatkuasakan Garis Panduan Papan Iklan Termasuk Billboard Elektronik Di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan Template Perjanjian Perkongsian Tol Billboard yang kini dalam semakan Kerajaan Negeri sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan.

    Perincian hasil yang dikutip oleh setiap PBT pada tahun 2016 adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.