Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

59) PEMASANGAN LAMPU SOLAR LED

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak MPAJ bercadang untuk menaik taraf lampu limpah ke lampu solar led di semua taman taman reakreasi bagi tujuan pengurangan kos operasi dan penjimatan penyelenggaraan?

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempunyai perancangan untuk menaiktaraf lampu limpah kepada lampu solar LED pintar. Walau bagaimanapun, perancangan terbabit bergantung kepada peruntukan MPAJ atau sebarang kaedah kolaborasi dengan pihak swasta. MPAJ telah menaiktaraf semua lampu jalan kepada lampu LED pada tahun 2018 dan masih dalam tempoh waranti oleh pihak pembekal sehingga tahun 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.